Hari mengundi 9 Mei, penamaan calon 28 April 2018 - SPR

Hari mengundi 9 Mei, penamaan calon 28 April 2018 - SPR - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hari mengundi 9 Mei, penamaan calon 28 April 2018 - SPR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hari mengundi 9 Mei, penamaan calon 28 April 2018 - SPR
link : Hari mengundi 9 Mei, penamaan calon 28 April 2018 - SPR

Baca juga


Hari mengundi 9 Mei, penamaan calon 28 April 2018 - SPR

Oleh Ainor Rahim & Siti Nur Azizah Zaini
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 (Rabu), manakala tarikh penamaan calon pada 28 April 2018 (Sabtu). 
 
Pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei 2018 (Sabtu).
 
Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari iaitu bermula pada hari penamaan calon sehingga jam 11:45 malam pada 8 April. 
 
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, sebentar tadi. 
 
"SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU14 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa pada Sabtu (7 April 2018)," ujarnya dalam sidang akhbar di Menara SPR, Putrajaya, hari ini.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum itu mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong untuk membubar Parlimen pada 7 April lalu bagi memberi laluan kepada apa yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya.
 
Hashim kemudiannya memberitahu untuk PRU14, seramai 222 pegawai pengurus pilihan raya dilantik bagi memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen.
 
Sebanyak 8,989 buah premis bangunan akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi 28,995 saluran mengundi.
 
Kos keseluruhan operasi pilihan raya kali ini dianggarkan sebanyak RM500 juta, kata Hashim.
 
"Seramai 14,940,624 orang pemilih berdaftar layak mengundi mengikut rekod Daftar Pemilih PRU14 sehingga Suku Keempat Tahun 2017," katanya.
 
"Pada PRU14 ini juga, SPR telah menjemput 14 buah negara sebagai Pemerhati Antarabangsa yang terdiri daripada Badan Pengurusan Pilihan Raya dari negara-negara anggota Asean, Komanwel, Asia dan Eropah serta sebuah pusat kajian dan sokongan kepada badan pengurusan pilihan raya yang berpangkalan di Cambridge, United Kingdom iaitu Malaysian Commonwealth Studies Centre (MCSC)," katanya lagi.
 
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN.
 
Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. 
 
Kerusi yang selebihnya dimenangi Pakatan Rakyat (PR) iaitu sebanyak 89 kerusi. 
 
Kali terakhir BN memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga pada 2004 dan gagal mempertahankannya pada 2008 dan 2013



Demikianlah Artikel Hari mengundi 9 Mei, penamaan calon 28 April 2018 - SPR

Sekianlah artikel Hari mengundi 9 Mei, penamaan calon 28 April 2018 - SPR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hari mengundi 9 Mei, penamaan calon 28 April 2018 - SPR dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/hari-mengundi-9-mei-penamaan-calon-28.html

Subscribe to receive free email updates: