Hospital veteran: Patriot kemuka 7 soalan kepada Hishammuddin, Kementah

Hospital veteran: Patriot kemuka 7 soalan kepada Hishammuddin, Kementah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hospital veteran: Patriot kemuka 7 soalan kepada Hishammuddin, Kementah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hospital veteran: Patriot kemuka 7 soalan kepada Hishammuddin, Kementah
link : Hospital veteran: Patriot kemuka 7 soalan kepada Hishammuddin, Kementah

Baca juga


Hospital veteran: Patriot kemuka 7 soalan kepada Hishammuddin, Kementah

 
Ia berhubung pembinaan Hospital Veteran Tentera bernilai RM500 juta di Kem Gua Permai, Perak.





PETALING JAYA: Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mengemukakan 7 soalan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Kementerian Pertahanan (Kementah) berhubung pembinaan Hospital Veteran Tentera di Kem Gua Permai di Ipoh, Perak.

Patriot merujuk kepada laporan 3 Februari lalu tentang pembinaan hospital bernilai RM500 juta di atas tanah seluas 28,500 hektar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ia berfungsi sebagai sebuah perkampungan kesihatan dengan kepakaran geriatrik, jantung, respiratori, urologi, neuropsikiatri, rehabilitasi, dialisis dan pusat jagaan orang kurang upaya.

Presiden Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji bertanyakan benarkah Hospital Veteran Tentera itu dibangunkan melalui pertukaran tanah (land swap).

“Jika benar, adakah ini bermakna bahawa 28,500 meter persegi tanah di Kem Gua Permai di mana hospital itu akan dibangunkan, tidak lagi dimiliki oleh ATM?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Patriot seterusnya ingin tahu benarkah kos pembinaan tidak ditanggung Kementah tetapi oleh “syarikat yang akhirnya akan memiliki hospital tersebut apabila ianya siap”.

“Sekiranya benar hak pemilikan hospital itu bukan milik ATM, tetapi dimiliki oleh syarikat yang membinanya, bagaimanakah hospital itu boleh ditakrifkan sebagai Hospital Veteran Tentera?” kata Arshad.

Pegawai tinggi bersara itu turut bertanyakan adakah benar hospital akan diubah menjadi milik swasta, di mana sebahagian hospital itu dikhaskan untuk veteran.

“Sekiranya ini benar, siapakah yang akan mengurus dan mentadbir bahagian yang disediakan untuk veteran? Adakah benar hospital ini tidak akan menanggung atau memberi subsidi terhadap kos rawatan perubatan untuk veteran?”

Beliau mengulangi cadangan dana RM500 juta untuk membina hospital itu diperuntukkan untuk mewujudkan unit perubatan veteran dan pesara polis di setiap hospital awam.

Terdahulu, isu pemindahan hak milik tanah tentera ditimbulkan bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz, mengenai puluhan ribu hektar tanah yang didakwa diswastakan kepada syarikat swasta tanpa tender terbuka.

Kementah menjelaskan pelaksanaan projek melibatkan kaedah pertukaran tanah mengikut prosedur dan model kerjasama awam-swasta yang diselaraskan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

Akhir sekali, Patriot ingin tahu di mana Kem Gua Permai, yang menempatkan batalion Rejimen Askar Melayu Diraja, akan dipindahkan dan adakah batalion berpindah ke kem sementara atau baru dibina.

Arshad berkata menteri dan ATM harus menyedari ketidakpuasan hati dalam kalangan kakitangan dan keluarga kerana ditempatkan di kem yang belum siap sepenuhnya.

“Langkah sedemikian mengganggu kehidupan mereka, terutama bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah.

“Patriot mendesak menteri dan ATM menangani isu-isu ini sebagai perkara penting ekoran khabar angin itu, jika didapati benar, ia adalah tidak baik untuk Kementah dan ATM,” katanya.



Demikianlah Artikel Hospital veteran: Patriot kemuka 7 soalan kepada Hishammuddin, Kementah

Sekianlah artikel Hospital veteran: Patriot kemuka 7 soalan kepada Hishammuddin, Kementah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hospital veteran: Patriot kemuka 7 soalan kepada Hishammuddin, Kementah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/hospital-veteran-patriot-kemuka-7.html

Subscribe to receive free email updates: