Judul : Jika benar bebas, pinda kaedah tatatertib IPT, kata mahasiswa PH
link : Jika benar bebas, pinda kaedah tatatertib IPT, kata mahasiswa PH
Jika benar bebas, pinda kaedah tatatertib IPT, kata mahasiswa PH
Menteri Pendidikan Tinggi Idris Jusoh harus membuktikan pelajar benar-benar bebas menyertai kempen politik dengan meminda IPT meminda kaedah tatatertib.
KUALA LUMPUR: Menteri pendidikan tinggi harus membuktikan pelajar benar-benar bebas berpolitik dengan meminta institusi pengajian tinggi (IPT) meminda kaedah tatatertib yang menggunakan peruntukan “menjaga imej universiti” untuk menghukum pelajar yang aktif berpolitik.
Perkumpulan pelajar ahli PPBM, PKR, DAP dan Amanah, Mahasiswa Pakatan Harapan (PH) berkata, tindakan yang telah diambil terhadap 15 mahasiswa akibat menyertai tunjuk perasaan Tangkap MO1 pada 2016 menunjukkan pelajar belum bebas walaupun aktiviti bertempat di luar kampus.
“Jika Datuk Seri Idris Jusoh serius dalam memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik, beliau seharusnya memastikan IPT di bawah bidang kuasanya tidak mengambil tindakan disiplin dengan sewenang-wenangnya,” kata Pengerusi Na’im Brundage pada sidang media di Wangsa Maju hari ini.
Kumpulan itu berkata tindakan tidak disiplin tidak boleh diambil terhadap pelajar yang menggunakan hak untuk “bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan” yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
“Keterlibatan dalam politik tidak seharusnya dilihat sebagai suatu ejen perosak imej universiti,” kata mereka, memberikan contoh ekosistem politik dan aktivivisme yang subur di universiti-universiti Barat.
Sebelum ini, Idris dilaporkan berkata pelajar IPT bebas menyertai kempen politik di luar kampus menjelang pilihan raya umum ke-14 tidak lama lagi.
Beliau berkata pentadbiran kerajaan sekarang memberi kelonggaran berpolitik kepada para pelajar dan berbeza dengan pentadbiran kerajaan terdahulu.
Sementara itu, Na’im mencadangkan Idris atau kepimpinan kementerian berdebat dengan Mahasiswa PH berkenaan perkara ini.
“Kami alu-alukan perbincangan secara sihat berkenaan perkara ini di antara pihak menteri dan mahasiswa,” katanya.
Demikianlah Artikel Jika benar bebas, pinda kaedah tatatertib IPT, kata mahasiswa PH
Sekianlah artikel Jika benar bebas, pinda kaedah tatatertib IPT, kata mahasiswa PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jika benar bebas, pinda kaedah tatatertib IPT, kata mahasiswa PH dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/jika-benar-bebas-pinda-kaedah.html