Kami akan pulang mengundi, kata rakyat Malaysia di Singapura

Kami akan pulang mengundi, kata rakyat Malaysia di Singapura - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kami akan pulang mengundi, kata rakyat Malaysia di Singapura, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kami akan pulang mengundi, kata rakyat Malaysia di Singapura
link : Kami akan pulang mengundi, kata rakyat Malaysia di Singapura

Baca juga


Kami akan pulang mengundi, kata rakyat Malaysia di Singapura

 
Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tidak terhalang dengan tindakan SPR menetapkan hari mengundi pada hari bekerja. 


Ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura memohon cuti untuk pulang mengundi pada 9 Mei ini.


PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura bertekad pulang mengundi, walaupun hari mengundi ditetapkan pada hari bekerja.

Bagi Loo Xian, 28, sebabnya mudah – Malaysia adalah tanah airnya.

Loo yang bekerja di gedung fesyen antarabangsa di Singapura, berkata semua rakan sekerjanya yang berasal dari Malaysia akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi pada 9 Mei.

“Walaupun berada di Singapura lebih baik daripada Malaysia dalam pelbagai sudut, anda masih mahu pulang ke rumahMalaysia.

“Biar saya katakan ini, semakin mereka cuba menyukarkan kami pulang mengundi, semakin kami mahu pulang untuk membuktikan mereka salah,” kata Loo.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Januari lalu berkata, ramai pengundi di Singapura dijangka tidak pulang mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana mereka berasa ditipu oleh pembangkang pada PRU lepas.

Ahli Parlimen Pulai itu menyangkal kemungkinan rakyat Malaysia di Singapura akan membuatkan keadaan memihak kepada pembangkang, terutamanya di Johor di mana kebanyakan mereka didaftarkan sebagai pengundi.

Kenyataannya kini timbul semula dan tular di media sosial, dikongsi oleh rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengannya.

Loo berkata, salah seorang rakan sekerjanya akan pulang ke Teluk Intan untuk mengundi.

“Kami baru memohon cuti dan bos sudah setuju membenarkan kami pulang mengundi. Kami sangat bersyukur.

“Satu lagi cara penyelesaian ialah kami boleh meminta untuk bekerja dari kampung.”

Shatir Baha, 35, berkata, salah untuk Nur Jazlan membuat anggapan mengenai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

“Ramai daripada kami terpaksa bekerja di Singapura kerana tidak dapat mencari kerja di Malaysia yang memberi gaji mencukupi untuk menampung kenaikan kos sara hidup.

“Jika kami ada pilihan, kami tentunya lebih suka tinggal di Malaysia. Tiada siapa mahu meninggalkan keluarga mereka untuk bekerja di negara lain.

“Saya sudah membeli tiket penerbangan dan saya akan memastikan saya membantu dalam memastikan rakyat Malaysia tidak perlu lagi bekerja di Singapura.”

Katanya, rakyat Malaysia boleh membantu membina semula negara dan menjadikan negara ini hebat semula dengan lebih banyak peluang pekerjaan yang bergaji lebih tinggi.

Anita Hassan, 31, yang juga bekerja di Singapura, berkata beliau dan rakannya memang ternanti-nanti pengumuman tarikh mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mereka boleh menempah tiket pulang ke kampung.

“Sesetengah daripada kami menjangka hari mengundi ditetapkan pada awal Mei.

“Kami merancang jadual kami dalam beberapa minggu itu. Tiada orang dalam kalangan kami yang menempah sebarang percutian di luar negara.

“Jadi, Nur Jazlan, kami akan pulang,” katanya.

Ada juga yang mempertimbangkan untuk mengambil cuti tanpa gaji supaya mereka boleh pulang mengundi.

Lim Thian Yi, 34, yang berasal dari Johor, berkata beliau dan rakan sekerjanya sudah memohon 2 hari cuti, termasuk sehari tanpa gaji.

“Ramai rakyat Johor bekerja di Singapura, mereka sudah biasa dengan perjalanan itu.

“Sesetengahnya mungkin tidak dapat mengambil cuti lama, tetapi mereka sanggup mengambil risiko.
Buat pertama kalinya, saya menyaksikan rakyat rakyat begitu bersatu padu selepas PRU lalu. Saya rasa rakyat Malaysia lebih bersatu kali ini,” katanya.

Nur Jazlan turut mempersoalkan syarikat penerbangan berpangkalan di Hong Kong, Cathay Pacific yang menawarkan pengecualian caj penempahan semula dan penukaran destinasi bagi rakyat Malaysia yang mahu pulang mengundi.

Baru-baru ini, beliau berkata, tidak perlu mengisytiharkan 9 Mei cuti umum kerana di bawah undang-undang sedia ada, majikan perlu membenarkan pekerja mereka pergi mengundi.

Pada PRU 2008 dan 2013, ramai rakyat Malaysia di Singapura pulang mengundi menyebabkan kesesakan di Tambak Johor.

Kementerian Sumber Manusia menganggarkan kira-kira 350,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan 386,000 lagi dengan status pemastautin tetap, pada 2015.

SPR sebelum ini mengumumkan mereka yang tinggal di selatan Thailand, Singapura, Brunei dan daerah Kalimantan, Indonesia tidak boleh memohon menjadi pengundi pos dan perlu pulang ke Malaysia untuk mengundi.




Demikianlah Artikel Kami akan pulang mengundi, kata rakyat Malaysia di Singapura

Sekianlah artikel Kami akan pulang mengundi, kata rakyat Malaysia di Singapura kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kami akan pulang mengundi, kata rakyat Malaysia di Singapura dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/kami-akan-pulang-mengundi-kata-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates: