Judul : KDN haram 6 lagi buku
link : KDN haram 6 lagi buku
KDN haram 6 lagi buku
BernamaKementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap enam penerbitan berikutan kandungannya didapati memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, kepentingan awam dan mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata Perintah Larangan itu diwartakan melalui empat Warta Kerajaan iaitu PU(A)106, PU(A)107, PU(A)108 dan PU(A)109 bertarikh 24 April 2018 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata tiga daripada enam penerbitan itu didapati mengandungi fakta mengelirukan dan bertentangan dengan ajaran serta akidah Islam sebenar mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.
"Tajuk penerbitan itu adalah Islam dan Teologi Pembebasan, The Road to Muhammad dan Mutiara Sastera Ali: Edisi Surat & Aforisme.
"Penerbitan bertajuk Mengenal Allah Melalui Agama-Agama Purba: Gautama Buddha Seorang Nabi? didapati bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam, selain berunsur liberalisme yang dikhuatiri boleh mengelirukan pemikiran pembaca khususnya umat Islam," katanya.
Alwi berkata dua lagi penerbitan pula mempunyai isi kandungan cerita berkenaan seks dan porno yang keterlaluan dan dilihat tidak bersesuaian dengan norma kehidupan masyarakat di Malaysia iaitu Confessions: A Secret Diary dan Hidden Agendas.
"Perintah Larangan ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.
"Justeru, mana-mana orang yang melakukan perbuatan itu bagi apa-apa jua maksud seperti itu, apa-apa hasil penerbitan larangan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 8(2) Akta 301," katanya.
Beliau juga meminta orang awam yang mendapati terdapat penerbitan yang mungkin melanggar undang-undang negara diedarkan di pasaran supaya membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.
Demikianlah Artikel KDN haram 6 lagi buku
Sekianlah artikel KDN haram 6 lagi buku kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KDN haram 6 lagi buku dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/kdn-haram-6-lagi-buku.html