Kegagalan Umum Satu Logo Bukti PH Dalam Krisis – Dr Kamarul

Kegagalan Umum Satu Logo Bukti PH Dalam Krisis – Dr Kamarul - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kegagalan Umum Satu Logo Bukti PH Dalam Krisis – Dr Kamarul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kegagalan Umum Satu Logo Bukti PH Dalam Krisis – Dr Kamarul
link : Kegagalan Umum Satu Logo Bukti PH Dalam Krisis – Dr Kamarul

Baca juga


Kegagalan Umum Satu Logo Bukti PH Dalam Krisis – Dr Kamarul

Dr Kamarul Zaman Yusoff
 



Di dalam ucapan beliau sewaktu melancarkan Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di PDM Ayer Pa’abas, N5 Taboh Naning, Melaka, pada hari Ahad, 1 April lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, menyebut Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mengumumkan pada hari ini, Selasa, 3 April, logo sama yang akan digunakan oleh Pakatan Harapan.

Kata Datuk Saifudin, “pada dasarnya tiga parti telah pun bersetuju untuk logo PKR itu digunakan cuma DAP minta tempoh kerana DAP berpendapat bagi kawasan-kawasan ditandingi DAP adalah lebih mudah untuk mereka yang dah biasa dengan logo DAP” dan “DAP minta tempoh hingga Isnin malam untuk CEC mereka buat ketetapan”.

Kata Datuk Saifudin lagi, dua kemungkinan akan berlaku pada hari ini, iaitu sama ada “pengumuman tiga parti bersetuju guna satu logo dan kita exclude (kecualikan) DAP kerana alasan-alasan yang tertentu” atau “kalau Isnin malam keputusan CEC DAP Pusat itu bersetuju maka (hari ini) adalah pengumuman kita empat parti akan gunakan satu logo”.

Malangnya, hari ini, bila Tun Dr Mahathir ditanya oleh wartawan mengenai penggunaan logo sama ini beliau kelihatan terdiam sejenak sebelum menjawab “kita akan announce (umumkan) tak lama lagi” dan, bila ditanya lagi sama ada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini gagal memutuskan perkara ini, mengakui “belum ada keputusan”.

Sangat pelik untuk Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini tidak membuat keputusan mengenai perkara ini bila Tun Dr Mahathir pada 6 Mac lagi telah mengumumkan bahawa keputusan mengenainya akan dibuat dalam tempoh seminggu, iaitu 15 Mac, dan bila Datuk Saifudin menyebut pengumuman mengenainya akan dibuat pada hari ini.

Jika Mesyuarat DAP malam tadi bersetuju menggunakan logo sama maka sudah tentu keputusan semua empat parti dalam Pakatan Harapan akan menggunakan logo sama telah diumumkan hari ini, tetapi bila pengumuman mengenainya tidak dibuat, di sebalik pendedahan ia akan dibuat, maka sudah tentu persetujuan DAP tidak diperolehi.

Ini menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir telah hilang kawalan ke atas Pakatan Harapan di mana DAP tetap diberikan ruang istimewa untuk tidak bersetuju walaupun Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 27 Februari lalu telah pun memutuskan bahawa semua empat parti dalam Pakatan Harapan akan menggunakan logo sama di dalam PRU 14.

Kesian juga bila Tun Dr Mahathir hari ini sekali lagi terpaksa dicoach dan diperbetulkan oleh beberapa pemimpin Pakatan Harapan lain, termasuk bila beliau menyebut “GLC akan dimansuhkan tapi berperingkat-peringkat”, yang diperbetulkan menjadi “GST akan dimansuhkan dalam 100 hari”, yang mendorong beliau mengakui beliau “dah tua”.

Dah tua rupanya Tun Dr Mahathir ini ya

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).


Demikianlah Artikel Kegagalan Umum Satu Logo Bukti PH Dalam Krisis – Dr Kamarul

Sekianlah artikel Kegagalan Umum Satu Logo Bukti PH Dalam Krisis – Dr Kamarul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kegagalan Umum Satu Logo Bukti PH Dalam Krisis – Dr Kamarul dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/kegagalan-umum-satu-logo-bukti-ph-dalam.html

Subscribe to receive free email updates: