Judul : ‘Kemenangan selesa BN pada PRU14 baik untuk perniagaan’
link : ‘Kemenangan selesa BN pada PRU14 baik untuk perniagaan’
‘Kemenangan selesa BN pada PRU14 baik untuk perniagaan’
MALAYSIAKINIPasaran menjangkakan “kemenangan selesa" buat BN pada pilihan raya umum ke-14 akan datang adalah keputusan yang baik untuk perniagaan, kata CIMB Research.
Firma penyelidikan itu dilaporkan di Edge Market hari ini sebagai berkata, bahawa BN dijangka memenangi "majoriti kerusi Parlimen dengan selesa."
"BN kini memiliki 133 daripada 222 kerusi di Parlimen.
"Kami melihat kemenangan BN yang dijangkakan itu sebagai neutral kepada positif buat pasaran.
"Prestasi pasaran saham selepas pilihan raya akan bergantung kepada tahap tekanan jualan semasa tempoh berkempen dan keputusan pengundian," katanya.
CIMB Research juga meramalkan bahawa berdasarkan manifesto BN untuk PRU14, sektor yang akan mendapat manfaat paling banyak adalah pembinaan dan pengguna.
Walau bagaimanapun, firma penyelidikan itu berkata, bahawa pelbagai pemberian barangan yang dijanjikan dalam manifesto BN itu akan menyaksikan kenaikan perbelanjaan kerajaan, dan dengan itu menambah defisit fiskal negara.
Sebagai contoh, ia mengambil kira bahawa janji BN untuk menggandakan pemberian BR1M sahaja akan mencecah jumlah RM3.71 bilion, atau 0.25 peratus daripada KDNK untuk 2018.
"Ini di sebalik kenaikan gaji kakitangan awam minggu lalu sebanyak RM1.46 bilion, berkuatkuasa 1 Julai tahun ini.
"Komitmen perbelanjaan baru membayangkan bahawa defisit belanjawan tidak mungkin akan dapat dikurangkan dengan ketara daripada sasaran 2.8 peratus KDNK, walaupun harga minyak meningkat dan terdapat pertumbuhan KDNK," kata firma penyelidikan tersebut.
Sasaran 2.8 peratus, 0.2 peratus kurang daripada apa yang dicatatkan pada 2016, disebutkan oleh perdana menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2018.
Najib, yang juga pengerusi BN, melancarkan manifesto gabungan itu pada Sabtu lalu.
Selain daripada menaikkan kadar jumlah BR1M, beliau menjanjikan insentif untuk peneroka Felda, bantuan kepada veteran angkatan bersenjata dan subsidi untuk pengangkutan awam, jalur lebar dan pelbagai barangan dan perkhidmatan pengguna.
Demikianlah Artikel ‘Kemenangan selesa BN pada PRU14 baik untuk perniagaan’
Sekianlah artikel ‘Kemenangan selesa BN pada PRU14 baik untuk perniagaan’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Kemenangan selesa BN pada PRU14 baik untuk perniagaan’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/kemenangan-selesa-bn-pada-pru14-baik.html