Judul : Khairuddin: Tidak timbul isu saya tanding PRU14 atau tidak
link : Khairuddin: Tidak timbul isu saya tanding PRU14 atau tidak
Khairuddin: Tidak timbul isu saya tanding PRU14 atau tidak
Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
SHAH ALAM: ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman berkata buat masa ini, tidak timbul isu sama ada beliau akan diamanahkan mempertahankan kerusi DUN berkenaan atau tidak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ujarnya, Pakatan Harapan (PH) Selangor kini masih berunding isu agih kerusi dan belum memuktamadkan siapakah yang akan diangkat sebagai calon gagasan itu pada pilihan raya kali ini.
"Belum ada isu calon, sekarang isu kerusi. Rundingan sekarang ini berlaku (melibatkan) rundingan kerusi bukan rundingan calon.
"Keputusan sama ada menjadi calon atau tidak, ia sebenarnya semua orang tahu ia terserah kepada pucuk pimpinan parti," katanya ketika dihubungi Antarapos, sebentar tadi.
Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar memberitahu Antarapos, tiada jaminan Khairuddin akan diturunkan sebagai calon pada PRU14 memandangkan isu agih kerusi masih belum dimuktamadkan.
Khairuddin semalam mengumumkan keluar daripada PAS dan menyertai PKR berikutan yakin dan percaya dengan kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Khairuddin ketika ditanya mengapa memilih untuk bersama PKR berkata, beliau yakin keperluan untuk mengekalkan kerajaan negeri sedia ada untuk memastikan Selangor tidak jatuh ke tangan Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.
"Kalau orang itu berasal daripada Selangor dan hidup di Selangor, saya sudah sebut banyak kali, kita mesti kekalkan kerajaan yang sedia ada. Manfaat yang kita dapat banyak kepada semua kawasan yang ada. Cuma sekarang ini adalah sentimen mengekalkan kerajaan.
"Mereka menilai siapakah yang boleh kekalkan kerajaan dan supaya negeri ini tidak di ambil oleh Umno. Jadi saya rasa atas sentimen inilah yang menyebabkan kawan-kawan kita, penyokong kita mula (mahu) bersama kita dalam parti yang baru," katanya.
Ketika ditanya apakah maklum balas akar umbi terhadap keputusannya, Khairuddin berkata setakat ini laporan yang diterimanya bersifat positif.
"Kalau saya nak ukur maklum balas, kalau orang yang hadir dalam majlis yang kita adakan semalam (malam Ahad), laporan yang saya terima, dibawah khemah sahaja kerusi 2000 kerusi penuh.
"Di luar khemah pula melimpah hampir 1000 orang, hanya untuk menyaksikan penyerahan borang kepada parti baru.
"Jadi maklum balasnya sangat positif dimana di peringkat kampung, cawangan sudah mula ada yang WhatsApp saya untuk ikut jejak langkah kita," katanya lagi.
Khairuddin juga ditanya benarkah desas-desus yang mengatakan akan ada pemimpin dan ahli PAS Selangor yang akan mengikut jejak langkahnya.
"Saya juga dengar berita-berita itu. Tapi saya tak tahu siapa. Belum dapat disahkan lagi berita itu. Tapi yang saya pasti di peringkat akar umbi, cawangan-cawangan, JKKK sudah mula berhubung dengan saya, nyatakan hasrat mereka untuk bersama-sama dengan parti baru," dedahnya.
Ketika diminta pengesahan benarkah ada diantara mereka bergelar wakil rakyat, Khairuddin berkata beliau tiada maklumat berkenaan dakwaan itu.
"Saya tak dapat nak meneka (tentang) itu. Cuma saya ada mendengar-dengar jugalah. Itu sahaja. Sekarang ini berada di peringkat desas-desus," katanya.
Namun selepas ditanya bilakah mereka akan mengisytiharkan pegangan politik masing-masing, ini jawapan Khairuddin.
"Terpulang pada diri mereka masing-masing, (terpulang) pada wakil rakyat kan? (Bila nak umum) Saya ingat mungkin pemberita kena cari sendiri siapa mereka itu," katanya dalam jenaka.
Untuk rekod, PAS memutuskan hubungan dengan PKR, antaranya kerana bekas sekutunya tidak menyokong agenda Islam yang dibawanya.
Namun di Selangor, PAS masih sebahagian daripada kerajaan negeri sehihgga mandat PRU13 selesai.
Demikianlah Artikel Khairuddin: Tidak timbul isu saya tanding PRU14 atau tidak
Sekianlah artikel Khairuddin: Tidak timbul isu saya tanding PRU14 atau tidak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khairuddin: Tidak timbul isu saya tanding PRU14 atau tidak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/khairuddin-tidak-timbul-isu-saya.html