Judul : Kor Ming, Kuan Yau biadab, kata Hasim Jasin
link : Kor Ming, Kuan Yau biadab, kata Hasim Jasin
Kor Ming, Kuan Yau biadab, kata Hasim Jasin
ANTARAPOSARAU: Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan, Hee Kuan Yau yang menggunakan kata-kata kesat dan merendah-rendahkan orang Melayu serta Islam dalam ceramah mereka disifatkan sebagai keterlaluan dan biadab.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, tindakan pemimpin DAP itu sememangnya sudah dijangka kerana mereka sentiasa menanti peluang untuk menyerang.
Sehubungan itu, Hashim menyeru supaya umat Islam di negara ini segera berhenti daripada bertelagah atau menentang sesama mereka sehingga akhirnya menampakkan kelemahan sendiri, memetik Utusan Online hari ini.
“Pertama saya lihat keberanian dan keceluparan pemimpin DAP merendah-rendahkan orang Melayu memang tidak bolehlah.
“Tetapi, kita juga perlu ingat kenapa orang (DAP) berani memburukkan kita. Bagi saya disebabkan kesalahan antara kita juga yang tidak menyokong sesuatu perkara melibatkan kebaikan Islam.
“Sebagai contoh, kita ajak orang Islam sendiri kepada Islam seperti RUU355 (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016) tetapi terdapat dalam kalangan kita (orang Islam) tidak setuju.
“Apabila orang Islam menentang Islam dan mereka (DAP) lihat secara tidak langsungnya dia semakin berani untuk menyerang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sikap biadab Kor Ming dan Kuan Yau dalam ceramah mereka yang sering dicemari kata-kata kesat dan menghina kaum lain.
Demikianlah Artikel Kor Ming, Kuan Yau biadab, kata Hasim Jasin
Sekianlah artikel Kor Ming, Kuan Yau biadab, kata Hasim Jasin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kor Ming, Kuan Yau biadab, kata Hasim Jasin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/kor-ming-kuan-yau-biadab-kata-hasim.html