Judul : Letak pelekat BN di kereta dapat RM300
link : Letak pelekat BN di kereta dapat RM300
Letak pelekat BN di kereta dapat RM300
MALAYSIAKINIPihak yang bersedia memandu dengan logo besar BN ditampal pada kereta mereka boleh berbuat demikian sehingga 4 Mei ini dan akan dibayar RM300, ihsan daripada BN Wilayah Persekutuan.
Sebuah syarikat pengurusan acara yang diupah untuk projek itu kini membuka kaunter di sebuah stesen minyak di Bangsar, Kuala Lumpur, sejak Sabtu lalu, lapor Sin Chew Daily.
Seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai Varrence berkata setiap hari antara 50 hingga 60 orang datang untuk tujuan itu, terutamanya hari minggu.
“Kita buat promosi di Facebook dan pihak yang mahu buat duit tambahan, boleh ambil bahagian.
“Bangsar adalah tempat pertama di Kuala Lumpur. Kita akan bergerak ke seluruh Lembah Klang,” beliau dipetik sebagai berkata.
Katanya, terdapat tiga jenis pelekat dengan tema manifesto BN "Hebatkan Negaraku".
Varrence berkata pemeriksaan kenderaan akan dibuat bagi memastikan berbaloi kereta itu ditampal dengan pelekat BN.
“Kami akan bayar RM150 bila pelekat ditampal dan gambar diambil.
“Bakinya akan dibayar apabila peserta ambil gambar dengan kereta masing-masing pada 4 Mei,” katanya.
Varrence menafikan syarikatnya mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik tetapi hanya menjalankan tugas yang diupah.
Demikianlah Artikel Letak pelekat BN di kereta dapat RM300
Sekianlah artikel Letak pelekat BN di kereta dapat RM300 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Letak pelekat BN di kereta dapat RM300 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/letak-pelekat-bn-di-kereta-dapat-rm300.html