Logo PKR Hanya Alat DAP Pikat Undi Melayu

Logo PKR Hanya Alat DAP Pikat Undi Melayu - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Logo PKR Hanya Alat DAP Pikat Undi Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Logo PKR Hanya Alat DAP Pikat Undi Melayu
link : Logo PKR Hanya Alat DAP Pikat Undi Melayu

Baca juga


Logo PKR Hanya Alat DAP Pikat Undi Melayu





AWAS! Orang Melayu jangan mudah keliru dan terpedaya dengan logo PKR oleh Pakatan Harapan (PH). Itu hanyalah helah dan umpan sahaja untuk menarik undi majoriti orang Melayu sahaja.

Ingat balik apa disebut oleh Hew Kuan Yau, Superman DAP dalam ceramah di Sandakan, Sabah pada 16 September 2016: “Hari ini, aku bagi pesanan ini, tunggang kuda Mahathir (Mohamad) untuk jatuhkan Najib (Tun Razak).”

Langkah PH sengaja membuat keputusan hanya guna logo PKR untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sebenarnya adalah taktik untuk ‘Top Dog‘ sebenar pembangkang iaitu DAP tarik undi orang Melayu sahaja.

Mulanya, DAP mahu guna PPBM pikat undi Melayu di kerusi luar bandar. Namun kerana PPBM sudah diharamkan, maka DAP hanya boleh eksploit Mahathir, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir untuk terus tarik undi Melayu.

Chen Man Hin, pengasas DAP bersama-sama Lee Kuan Yew membuat PAP dan mengasaskan konsep Malaysian Malaysia bagi menentang hak istimewa Melayu dalam Perlembagaan pada 1967; pun turut sama berubah pendirian.

Beliau mempromosi logo PKR sebagai logo baharu DAP walhal sebelum itu Man Hin dan ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang; kedua-duanya berasal dari tanah besar China, dilaporkan marah terpaksa mengorbankan logo berusia 50 tahun itu.

Mereka pernah berceramah dengan rasis sekali sejak dahulu lagi dalam menentang segala dasar kerajaan Barisan Nasional diterajui UMNO untuk membela nasib orang Melayu dan kepentingan kaum majoriti pribumi tersebut.

Kit Siang misalnya ketika ceramah di perhimpunan awam DAP di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1969 menegaskan parti itu tidak pernah bersetuju bahawa Perdana Menteri kekal selama-lamanya adalah hak milik orang Melayu-Islam.

Hari ini, Kit Siang melihat Mahathir adalah alatnya untuk mencapai cita-citanya iaitu menjadi Perdana Menteri. Beberapa bekas ADUN DAP sudah dedah niat Kit Siang itu malah beliau sendiri tidak menafikan hasratnya itu.

Hari ini, Chen Man Hin dan Kit Siang telah dapat mempergunakan Mahathir. Mereka berdua kekal berpegang kepada prinsip Malaysian Malaysia sejak penubuhan DAP di Malaysia pada 1965 lagi demi menggantikan PAP.

Papan peringatan tertulis Malaysian Malaysia masih lagi terpampang megah di semua pejabat DAP. Sebenarnya Mahathir sudah pun tunduk kepada Man Hin dan Kit Siang apabila hadir Konvensyen DAP pada 5 Disember 2016.

Malah selepas itu, Mahathir sendiri hadir di ibu pejabat DAP pada 2 Oktober 2017. Demi mengejar kuasa untuk anak sendiri dan menambah kekayaan kroni, Mahathir akur tunduk kepada DAP yang cukup amat dibenci orang Melayu.

DAP tidak akan menggunakan logo partinya sendiri pada PRU ke-14 kerana orang Melayu akan menjauhkan diri. Manakala logo PAN akan menyebabkan pengundi Cina menjauhkan diri kerana imej Islam ala PAS yang dibawanya.

Logo PKR dipilih kerana PKR dilihat lebih “multiracial”, namun sebenarnya PKR hanyalah alat DAP sahaja untuk memancing undi Melayu. Bahkan sudah kedengaran DAP umumkan calonnya di Pahang dan Wilayah Persekutuan.

Ada calon Melayu bernama Syefura atau Rara akan bertanding atas tiket DAP di DUN Ketari, manakala Tengku Zulpuri dilaporkan bakal bertanding di kerusi parlimen Raub. Kenapa DAP mengumumkan calon lebih awal?

Kalau guna logo PKR, kenapa tidak beri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sendiri sebagai Presiden PKR dan PH atau Mahathir selaku Pengerusi PH sahaja tampil mengumumkan calon-calon DAP dari kalangan Melayu tersebut?

Inilah helah tersirat DAP, mereka hanya mahu guna logo PKR dan Mahathir, tetapi apabila sampai waktunya DAP akan menjadi DAP semula. Memakai semula logonya dan menjayakan apa sebenarnya agenda yang DAP mahukan.

Lihat sahaja di Pulau Pinang, bagaimana DAP berkelakuan setelah mendapat kuasa di sana sejak 2008. Walhal DAP tidak berani menggunakan logo mereka sendiri pada PRU ke-14 kerana fenomena Tsunami Cina sudah berakhir.

Ia sampai kemuncaknya pada 2013 selepas bermula pada 2008. Pengundi Cina tidak akan lagi mengundi DAP dan PH terpaksa mengharapkan kemenangan gelombang peralihan undi Melayu kononnya sebagai Tsunami Melayu.

Jadi DAP pergunakanlah logo PKR dan Mahathir sebagai umpan di hadapan buat sementara waktu, padahal di belakangnya yang menjadi ketua sebenar ialah DAP. Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan tipu daya DAP ini.

Ingatlah baik-baik bahawa setiap undi anda kepada PKR adalah sama dengan undi untuk kejayaan DAP. Ayuh ubah, ini kalilah jom bangkit undilah pula Barisan Nasional pada PRU ke-14 kelak! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Demikianlah Artikel Logo PKR Hanya Alat DAP Pikat Undi Melayu

Sekianlah artikel Logo PKR Hanya Alat DAP Pikat Undi Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Logo PKR Hanya Alat DAP Pikat Undi Melayu dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/logo-pkr-hanya-alat-dap-pikat-undi.html

Subscribe to receive free email updates: