Mahathir: Mana-mana pun saya boleh menang

Mahathir: Mana-mana pun saya boleh menang - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir: Mana-mana pun saya boleh menang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir: Mana-mana pun saya boleh menang
link : Mahathir: Mana-mana pun saya boleh menang

Baca juga


Mahathir: Mana-mana pun saya boleh menang

Anne Muhammad

   

PRU14 I Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin akan memenangi kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malah katanya, bukan hanya di Langkawi, sekiranya diletakkan di mana-mana kawasan sekalipun beliau akan memenanginya.

Ini kerana katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan "mengekorinya" ke mana sahaja beliau pergi bagi menawarkan "hadiah" kepada penduduk di sesuatu kawasan.

“(Bukan hanya Langkawi), saya ingat kalau saya pilih Kubang Pasu pun saya boleh menang, sebab itu sebelum ini saya kata mungkin Langkawi, Kubang Pasu, Putrajaya atau mana-mana tempat lain.

"Sebabnya ialah bila saya pergi kemana-mana saya akan dituruti dengan Najib oleh hadiah, sebab itu orang suka kepada saya bila saya buat lawatan Najib akan bagi hadiah.

"Sebab itu saya tidak terhad kepada Langkawi sahaja, dari dahulu saya cakap nak bertanding di Langkawi sebab di Langkawi dulu menang dengan 11,000 undi majoriti, jadi kita nak tengoklah banyak mana dia dapat,” katanya dalam sidang media Ibu Pejabat BERSATU, hari ini.

Pakatan Harapan (HARAPAN) menamakan Dr Mahathir untuk bertanding merebut kerusi Langkawi pada PRU14, 9 Mei ini.

Pengumuman yang dibuat Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Isnin lalu di Langkawi, menyaksikan Dr Mahathir, 93, kembali ke kancah politik negara setelah tidak berbuat demikian pada tiga pilihan raya umum lalu.

Pada PRU13, Anggota Parlimen Sementara Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad 56, memenangi kerusi itubuat pertama kalinya setelah mengalahkan calon PKR Ahmad Abdullah dengan majoriti 11,861.

Sementara itu dalam sidang media itu juga Dr Mahathir ditanya mengenai tindakan 4,000 ahli BERSATU di Alor Mengkudu yang keluar parti dan menyertai Umno.

Mengulas perkara itu, Dr Mahathir mendakwa mereka sudah disogok pemimpin Umno.

“Kami sedar Umno ada banyak wang dan dapat dilihat dari jumlah bendera yang mereka pasang.
Bahkan sudah berikan duit untuk dapatkan sokongan.

“Di Langkawi, salah seorang ahli jawatankuasa bahagian sudah dibeli, kami jangkakan membeli orang adalah sebahagian dari cara hingga hari penamaan calon,” katanya.




Demikianlah Artikel Mahathir: Mana-mana pun saya boleh menang

Sekianlah artikel Mahathir: Mana-mana pun saya boleh menang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir: Mana-mana pun saya boleh menang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/mahathir-mana-mana-pun-saya-boleh-menang.html

Subscribe to receive free email updates: