MCA: Bandar Tun Razak masih kerusi kami

MCA: Bandar Tun Razak masih kerusi kami - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA: Bandar Tun Razak masih kerusi kami, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA: Bandar Tun Razak masih kerusi kami
link : MCA: Bandar Tun Razak masih kerusi kami

Baca juga


MCA: Bandar Tun Razak masih kerusi kami

MALAYSIAKINI

   

MCA masih mahu meletakkan calon di kerusi tradisinya Bandar Tun Razak, walaupun Umno dikatakan mahu mencalonkan ketua wanitanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata setakat ini parlimen itu masih milik mereka.

“Sekarang macam biasa, ya (kami akan bertanding),” katanya di Yong Peng, Johor hari ini.
Ditanya berkaitan kemungkinan Shahrizat bertanding di situ, Wee berkata semua itu cuma khabar angin.

“Bulan ini saja saya sendiri dengar sudah ada lima calon untuk Bandar Tun Razak.

“Kamu nak saya percaya pada siapa? Jangan bimbang. Ini kawasan kita. Kita akan pertahankannya,” kata Wee.

Sumber-sumber Umno mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa calon parti itu akan bertanding di Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum ke-14, 9 Mei depan.

Bagaimanapun, mereka yang mengetahui perkara itu memberitahu bahawa calon itu bukan ketua bahagian Datuk Rizalman Mokhtar tetapi Shahrizat.

Rizalman yang dikatakan telah berkhidmat di kawasannya sejak 2004 sebelum ini dikatakan akan bertanding kerusi itu.

Bagaimanapun, nasibnya dilihat berubah selepas ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis dan disahkan positif dadah pada awalnya.

Polis bagaimanapun kemudian mengesahkan keputusan ujian air kencingnya adalah negatif dadah.
Bandar Tun Razak secara tradisinya milik MCA.

Bagaimanapun parti itu kalah kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2008 yang ketika itu bersama PKR.

Umno bahagian-bahagian dikatakan sedang melobi bagi mendapatkan beberapa kerusi MCA atas alasan mereka mempunyai peluang lebih cerah.

Kerusi-kerusi itu termasuk Lumut, Kuantan, Wangsa Maju, Bandar Tun Razak terbaru Tebrau.




Demikianlah Artikel MCA: Bandar Tun Razak masih kerusi kami

Sekianlah artikel MCA: Bandar Tun Razak masih kerusi kami kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA: Bandar Tun Razak masih kerusi kami dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/mca-bandar-tun-razak-masih-kerusi-kami.html

Subscribe to receive free email updates: