Merdeka Center: Tsunami Melayu tak cukup untuk PH rampas Putrajaya

Merdeka Center: Tsunami Melayu tak cukup untuk PH rampas Putrajaya - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Merdeka Center: Tsunami Melayu tak cukup untuk PH rampas Putrajaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Merdeka Center: Tsunami Melayu tak cukup untuk PH rampas Putrajaya
link : Merdeka Center: Tsunami Melayu tak cukup untuk PH rampas Putrajaya

Baca juga


Merdeka Center: Tsunami Melayu tak cukup untuk PH rampas Putrajaya

 

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian percaya satu-satunya negeri berpotensi untuk BN kalah majoriti 2/3 ialah Sabah.


KUALA LUMPUR: Firma kaji selidik bebas, Merdeka Center meramalkan sebarang perubahan sokongan Melayu kepada pembangkang tidak cukup untuk Pakatan Harapan (PH) merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, BN bukan sahaja akan kekal di Putrajaya, ia juga berpotensi “memenangi beberapa kerusi lagi”.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian mengakui peralihan sokongan Melayu daripada BN memanfaatkan pembangkang di kawasan seperti Selangor, di mana mereka sudah mendapat undi mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

Tetapi, katanya, walaupun berlaku perubahan sokongan di Johor dan Kedah, ia belum mencapai tahap untuk menukar kerajaan negeri.

“Di negeri lain, perubahan itu wujud tetapi disebabkan undi pembangkang akan berpecah, ia mungkin tidak cukup untuk mengubah keputusan nanti,” katanya selepas forum bertajuk “Malaysia GE14 Outlook: Perspectives and Outcomes” malam tadi.

Beliau berkata, PH mungkin mampu mengekalkan kemenangan di Pulau Pinang.
 
Penilaian tersebut diumumkan sebulan selepas badan pemikir, Ilham Centre berkata walaupun rasa tidak puas hati di kalangan pengundi yang menyokong PAS dan Umno semakin meningkat, namun ia tidak cukup untuk PH membentuk kerajaan persekutuan.

Pembangkang bergantung kepada “tsunami Melayu” untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, satu-satunya negeri PH berpotensi mengalahkan BN dengan majoriti 2/3 ialah Sabah.

“PH dan Warisan mungkin boleh membuat beberapa kejutan, tetapi kami tidak rasa ia cukup untuk mengalahkan BN,” katanya merujuk Parti Warisan Sabah yang diketuai bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Katanya, kontroversi 1MDB, kenaikan kos sara hidup serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST), memainkan peranan dalam mengubah sokongan rakyat terhadap BN.

“Tetapi persempadanan semula kawasan pilihan raya dan keputusan PAS tidak menyertai Pakatan Harapan dan menjadi blok ke-3 meningkatkan peluang BN, walaupun kita mungkin menyaksikan undi popular lebih rendah (untuk BN),” katanya.

Mengenai komen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengharapkan keputusan lebih baik pada PRU14, Ibrahim berkata, berdasarkan data yang dikumpul daripada pengundi, BN boleh mengulangi prestasi pada PRU13.

Bagaimanapun, katanya, ada beberapa negeri di mana pembangkang menunjukkan potensi mereka.



Demikianlah Artikel Merdeka Center: Tsunami Melayu tak cukup untuk PH rampas Putrajaya

Sekianlah artikel Merdeka Center: Tsunami Melayu tak cukup untuk PH rampas Putrajaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Merdeka Center: Tsunami Melayu tak cukup untuk PH rampas Putrajaya dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/merdeka-center-tsunami-melayu-tak-cukup.html

Subscribe to receive free email updates: