Mungkinkah ‘kejutan’ muncul sebelum 9 Mei?

Mungkinkah ‘kejutan’ muncul sebelum 9 Mei? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mungkinkah ‘kejutan’ muncul sebelum 9 Mei?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mungkinkah ‘kejutan’ muncul sebelum 9 Mei?
link : Mungkinkah ‘kejutan’ muncul sebelum 9 Mei?

Baca juga


Mungkinkah ‘kejutan’ muncul sebelum 9 Mei?

 
Pakar strategi PPBM berkata kedua-dua pihak mungkin ada pelan rahsia untuk mengubah peluang masing-masing di minggu terakhir berkempen.


Pakar strategi PPBM Rais Hussin berkata minggu terakhir tempoh berkempen kebiasaannya genting.


PETALING JAYA: Berwaspada dengan “pelan rahsia” saat akhir dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mendekati hari pengundian, kata pakar strategi Rais Hussin, meramalkan akan ada kejutan dari kedua-dua pihak pada minggu terakhir tempoh berkempen.

Orang ramai masih belum melihat “kejutan” dari kedua-dua pesaing itu, katanya kepada FMT.

“Kejutan itu pelan rahsia untuk mengubah peluang masing-masing,” kata Rais, yang mengetuai biro dasar dan strategi PPBM.

“Terdapat banyak bahan bacaan di serata dunia, termasuk di negara demokrasi yang tidak begitu bebas, menunjukkan minggu terakhir tempoh berkempen penentu keputusan pilihan raya.”

Ramai penganalisis politik membuat spekulasi mengenai bagaimana pengundi Melayu akan mengundi, dengan PH mendakwa akan ada “tsunami Melayu” yang akan memihak kepada mereka, dakwaan yang ditolak BN.

Rais bimbang sama ada Umno akan menyemarakkan keadaan dengan politik agama dan perkauman.

“Satu cara untuk menang pilihan raya adalah menanamkan ketakutan mendalam dalam masyarakat,” katanya, manakala pengundi luar bandar pula mahu status quo dan takutkan perubahan.

“Tiada siapa yang tahu dengan pasti apa yang akan berlaku kerana keadaan boleh berubah dalam minggu terakhir itu,” katanya.

“Bagaimana jika BN tiba-tiba mengatakan GST akan dimansuhkan mulai 1 Mei? Bagaimana jika BN mengatakan ada rancangan peralihan kuasa (untuk Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan) sekiranya BN menang?

“Ini hanya beberapa contoh peristiwa tidak terduga yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.”
Rais percaya kedua-dua pihak akan membuat “kejutan” kerana khuatir kesan kekalahan yang buruk.

“Bagi BN, akibat kekalahan cukup dahsyat, dan ini satu-satunya peluang terbaik bagi PH untuk menang, kerana rakyat sedang marah dan mahukan perubahan.”

“Ini akan menjadi perkara yang sangat besar kerana akhirnya, sebahagian besar kerusi Parlimen ditentukan oleh pengundi luar bandar. Bagi mereka, perkara yang paling penting adalah status quo. Mereka sangat takutkan perubahan.”




Demikianlah Artikel Mungkinkah ‘kejutan’ muncul sebelum 9 Mei?

Sekianlah artikel Mungkinkah ‘kejutan’ muncul sebelum 9 Mei? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mungkinkah ‘kejutan’ muncul sebelum 9 Mei? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/mungkinkah-kejutan-muncul-sebelum-9-mei.html

Subscribe to receive free email updates: