Najib sindir Dr M: Kedai roti tutup pun salah BN

Najib sindir Dr M: Kedai roti tutup pun salah BN - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib sindir Dr M: Kedai roti tutup pun salah BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib sindir Dr M: Kedai roti tutup pun salah BN
link : Najib sindir Dr M: Kedai roti tutup pun salah BN

Baca juga


Najib sindir Dr M: Kedai roti tutup pun salah BN

 
Najib hairan mengapa penutupan kedai roti The Loaf dikaitkan dengan BN.


Perdana menteri mahu politik menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri dihentikan.


SUBANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad selepas kedai roti yang dikaitkan dengannya, The Loaf, ditutup.

Tanpa menyebut nama Pengerusi Pakatan Harapan itu, Najib kehairanan Barisan Nasional dipersalahkan dalam penutupan francais itu.

“Yang paling pelik baru-baru ini kedai roti yang lingkup pun mereka nak salahkan BN. Kedai roti yang lingkup, terpaksa tutup pun salah perdana menteri.

“Tak masuk akal. Ramai anak Majlis Amanah Rakyat (Mara) meniaga tak lingkup. Ini buat kedai roti lingkup,” katanya ketika berucap di Majlis Himpunan Saya Anak Mara di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia di Universiti Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata beliau mahu menjual francais bakeri The Loaf bagi membantu kewangan kempen pilihan raya parti pimpinannya tetapi gagal mendapat pembeli.

“Saya tidak mendapat pembeli…dan saya juga tidak mampu menampung kerugian, jadi saya terpaksa menutupnya,” katanya lapor akhbar The Straits Times Singapura sewaktu mengadakan “walkabout” di Langkawi semalam.

Bekas perdana menteri itu yang kini mengetuai pakatan pembangkang 4 parti, Pakatan Harapan, berkata, seorang bakal pembeli didatangi pegawai lembaga hasil dalam negeri yang “menuntut beliau membayar banyak cukai”.

“Beginilah caranya kerajaan menekan rakyat supaya tidak menyokong pembangkang,” katanya kepada akhbar itu.

Mengulas lanjut, Najib berkata penutupan perniagaan itu bukan salah perdana menteri dan kerajaan.

“Semua salah orang lain. Peristiwa Memali salah orang lain. Rugi RM31 bilion (skandal mata wang asing) salah orang lain. Maminco (skandal pembelian bijih timah) salah orang lain. Malaysia Airlines nak lingkup pun salah orang lain.

“Proton nak lingkup pun salah orang lain. Kedai roti tutup pun salah orang lain,” katanya.

Najib mahu politik seperti itu dihentikan dan beliau mahu orang ramai yakin pada Umno dan BN.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14



Demikianlah Artikel Najib sindir Dr M: Kedai roti tutup pun salah BN

Sekianlah artikel Najib sindir Dr M: Kedai roti tutup pun salah BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib sindir Dr M: Kedai roti tutup pun salah BN dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/najib-sindir-dr-m-kedai-roti-tutup-pun.html

Subscribe to receive free email updates: