Judul : Nik Abduh tetap hadir dalam doa Nik Omar
link : Nik Abduh tetap hadir dalam doa Nik Omar
Nik Abduh tetap hadir dalam doa Nik Omar
N Faizal GhazaliPRU14 | Biar berbeza kapal dan nakhoda pertalian darah tetap mahu dipelihara. Seperti kata orang tua-tua, air dicincang tidak akan putus.
Itu yang cuba ditegaskan oleh calon Pakata Harapan (HARAPAN) Kelantan bagi kerusi dewan undangan negeri Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz hari ini.
Ketika adiknya, Nik Abduh, turut menyertai pilihan raya umum ke-14 ini tetapi mewakili PAS, Nik Omar tetap mendoakan adiknya itu berjaya.
Katanya, hubungan kekeluargaan dan adik-beradik tidak terjejas walaupun memilih wadah perjuangan parti yang berbeza.
"Yang pasti, saya doakan beliau (Nik Abduh) berjaya di Bachok dan saya juga yakin Nik Abduh akan doakan kejayaan saya di DUN Chempaka," katanya pada sidang media di Kota Bharu hari ini.
Nik Omar ialah anak kedua daripada 10 zuriat pasangan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Anak sulung pasangan itu ialah Nik Aini.
Daripada 10 anak Nik Abdul Aziz, hanya Nik Abduh yang menyertai politik secara aktif dan terlibat dalam pilihan raya, bermula pada PRU ke-13 lalu. Dia bertanding di Pasir Mas.
Sedang rambut ada beza
Bagaimanapun perkembangan yang berlaku ke atas PAS menyaksikan lahir Parti Amanah Negara (AMANAH) yang diasaskan kumpulan aliran progresif tetapi disingkirkan dari parti berkenaan pada 2015.
Kemunculan AMANAH membawa Nik Omar, 53, mendekatkan diri dengan parti terbabit dan hari ini menjadi calon HARAPAN di Chempaka.
Untuk rekod Chempaka ialah kerusi tradisi yang diwakili Nik Abdul Aziz sehinggalah beliau meninggal dunia pada 12 Feb 2015. Melalui pilihan raya kecil di Chempaka, PAS mengekalkan kemenangan di situ melalui tokoh muda Ahmad Fathan Mahmood.
Dalam PRU ke-14 yang akan berlangsung pada 9 Mei ini Nik Omar akan bertemu Ahmad Fathan yang dikekalkan PAS. Nik Abduh pula diutus partinya bertanding di parlimen Bachok.
Kata Nik Omar, dia dan adiknya mungkin berlainan pandangan dan ia bukan suatu isu aneh.
"Sedangkan rambut kita pun boleh berbeza," katanya.
Namun kata Nik Omar untuk mencapai sesuatu matlamat ada banyak kaedah boleh digunakan.
"Macam matlamat kita mahu menuju ke Mekah, setiap orang ada cara untuk sampai.
"Mungkin ada yang menggunakan pesawat udara atau kapal laut. Begitu juga saya," katanya yang turut meneruskan legasi Nik Abdul Aziz sebagai guru agama.
HARAPAN mampu bawa sinar
Kata Nik Omar dia membuat pertimbangan dan mendapati perjuangan dibawa HARAPAN adalah lebih terbaik berbanding parti lain. Justeru katanya dia mengambil keputusan untuk bertanding.
Malah katanya kesediaan diturunkan di Chempaka bertujuan untuk meneruskan legasi Nik Abdul Aziz.
Demikianlah Artikel Nik Abduh tetap hadir dalam doa Nik Omar
Sekianlah artikel Nik Abduh tetap hadir dalam doa Nik Omar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nik Abduh tetap hadir dalam doa Nik Omar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/nik-abduh-tetap-hadir-dalam-doa-nik-omar.html