Nik Omar kata PH lebih kuat daripada Gagasan Sejahtera

Nik Omar kata PH lebih kuat daripada Gagasan Sejahtera - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Omar kata PH lebih kuat daripada Gagasan Sejahtera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Omar kata PH lebih kuat daripada Gagasan Sejahtera
link : Nik Omar kata PH lebih kuat daripada Gagasan Sejahtera

Baca juga


Nik Omar kata PH lebih kuat daripada Gagasan Sejahtera

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Gabungan empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) lebih kuat berbanding Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang diketuai PAS, kata Nik Omar Nik Abdul Aziz.
 
Anak kedua kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata PAS perlu bergabung dengan PH jika mahu membentuk kerajaan yang kuat berikutan parti itu mempunyai pemimpin yang besar dan hebat.
 
"Dari sudut politik, berdasarkan kepada kefahaman saya, apa yang Tok Guru bawa, di sudut politik untuk kita menang PRU, kita perlu bergabung.
 
"Sekarang PAS sendiri walaupun ada gabungan, Pakatan (GAGASAN) Sejahtera, sekarang untuk membentuk kerajaan kena bergabung.
 
"Saya melihat PH lebih kuat kerana mempunyai empat parti yang mempunyai kekuatan masing-masing.
 
"Bersatu (PPBM) walaupun baru tetapi mempunyai pemimpin besar seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, PKR dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP pula menguasai pengundi bukan Islam dan Amanah walaupun baru tetapi diwarisi dengan kepimpinan dari aktvis, jadi mereka mempunyai gabungan yang kuat," katanya dipetik wawancara khas bersama akhbar Sinar Harian.
 
Untuk rekod, PAS kini bersama GAGASAN selepas parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR - akibat perbalahan dalaman terutama penentangan untuk PAS melaksanakan hukuman hudud di Kelantan.
 
GAGASAN dianggotai PAS, Ikatan, BERJASA, serta lebih 200 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan NGI, dan akan bertanding menggunakan logo PAS pada pilihan raya kali ini.
 
Manakala, PH pula ditubuhkan selepas terkuburnya Pakatan Rakyat (PR) dengan dianggotai PKR, DAP, Amanah dan PPBM.
 
Justeru, PRU kali ini bakal memperlihatkan pertembungan sekurangnya tiga penjuru di antara Barisan Nasional (BN), PAS dan PH.
 
Sementara itu, Nik Omar yang sebelum ini dikhabarkan bakal bertanding atas tiket Amanah berkata, perkara tersebut 'mustahil' berlaku selagi beliau tidak mendapatkan persetujuan daripada bondanya.
 
"Kepada orang yang tanya, saya hanya jawab semua bergantung kepada bonda.
 
"Selagi bonda tidak izin saya tidak terlibat, bonda minta tidak terlibat mungkin tidak mahu lihat pertembungan (bersama adiknya, Nik Abduh)," ujarnya lagi.
 
Khabar angin bertiup kencang sejak kebelakangan ini bahawa kemungkinan ada persaingan politik di antara Nik Omar dan abangnya, Nik Abduh, selepas pengerusi Amanah negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, mengatakan Nik Omar berkemungkinan bertanding di bawah tiket Amanah.
 
Difahamkan Tuan Sabariah enggan memberi restu kepada Nik Omar untuk menyertai Amanah dan menjadi calon pakatan pembangkang untuk menentang PAS, kerana Nik Abduh yang juga anak keempatnya adalah Ahli Parlimen Pasir Mas.
 
 


Demikianlah Artikel Nik Omar kata PH lebih kuat daripada Gagasan Sejahtera

Sekianlah artikel Nik Omar kata PH lebih kuat daripada Gagasan Sejahtera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Omar kata PH lebih kuat daripada Gagasan Sejahtera dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/nik-omar-kata-ph-lebih-kuat-daripada.html

Subscribe to receive free email updates: