Pas sekongkol dengan penyamun, sokong apa saja untungkan BN

Pas sekongkol dengan penyamun, sokong apa saja untungkan BN - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pas sekongkol dengan penyamun, sokong apa saja untungkan BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pas sekongkol dengan penyamun, sokong apa saja untungkan BN
link : Pas sekongkol dengan penyamun, sokong apa saja untungkan BN

Baca juga


Pas sekongkol dengan penyamun, sokong apa saja untungkan BN



Pas sekongkol dengan penyamun, sokong apa saja untungkan BN



Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH,  Zolkharnain Abidin berpendapat Pas pada masa ini menyokong apa sahaja perkara yang menguntungkan BN sebaliknya berkecuali dalam hal yang mengancam rejim itu.

Menurutnya, Pas menjelang pilihan raya umum ini begitu mudah bersangka baik kepada BN meskipun puluhan tahu bersikap kritikal dan menentang BN.

“Nampaknya, apa-apa yg menguntungkan BN, Pas akan sokong. Tapi apa-apa yg mengancam BN, Pas akan berkecuali. Undi bajet misalnya.

“Akta itu (Antiberita Tidak Benar) memang bertujuan menutup mulut rakyat bercakap mengenai salah laku pemimpin BN.

“Hasrat sebenar bukanlah untuk kawal berita tidak benar sangat,” tegasnya dipetik daripada kenyataan beliau di Facebook.

Mengulas pendirian 10 Ahli Parlimen Pas yang menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 semalam, Zolkharnain menyifatkan parti tersebut bersekongkol dengan penyamun.

“Takkanlah pengalaman MP (Ahli Parlimen) Pas bergelumang dengan politik begitu lama tidak boleh menghidu niat jahat kerajaan BN dalam hal ini?

“Pas sudah tidak mampu lagi berkata tidak kepada BN. Dedak yang menyumbat kerongkong mereka (seperti pengakuan suara itu) sudah tidak boleh diluah lagi.

“Sungguh, saya kesal sekali apabila MP Pas menyokong akta ini yang membawa maksud menyokong BN menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara.

“Malang sungguh ada parti kononnya bernuansa Islam tetapi bersekongkol dengan penyamun,” selarnya.

Semalam, 10 wakil rakyat Pas termasuk antara 123 Ahli Parlimen yang menyokong akta baharu itu manakala 64 lagi menolak melalui undi belah bahagi.

Walau bagaimanapun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) dan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan (Pas-Temerloh) tidak kelihatan ketika pengundian dijalankan.

Sementara itu, blok wakil rakyat PH bersama-sama Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Warisan mengundi menolak RUU yang menyaksikan hukuman denda sehingga RM500,000 itu.

Ustaz Zolkharnain selanjutnya menempelak pendirian Pas yang menyokong RUU yang mengenakan hukuman penjara daripada 10 tahun kepada enam tahun itu memandangkan berita tidak benar boleh ditangani melalui tindakan sivil.

“Dengan tiba-tiba ia dijenayahkan. Masakan tiada muslihat? Dengan denda yang begitu besar, apa tujuannya kecuali menutup mulut rakyat daripada mengkritik kerajaan dan bercakap tentang salah laku pemimpin kerajaan?

“Dalam situasi kerajaan boleh memanipulasi pelbagai sumber maklumat, tentulah mudah bagi kerajaan untuk mengatakan sesuatu maklumat sebagai tidak benar,” jelasnya lagi.

Walaupun mengakui hak wakil rakyat Pas untuk menyokong RUU itu tetapi pendirian menambahkan koleksi bukti Pas menyokong BN untuk terus membuli rakyat dengan akta tidak perlu.

“Akta itu secara tersurat memang nampak bagus. Tetapi, secara tersirat, ia adalah senjata BN untuk menggam mulut rakyat.

“Hal ini sama seperti pindaan kawasan pilihan raya. Secara tersurat BN nampak patuh kepada kehendak perlembagaan.

“Tetapi secara tersirat, itu antara senjata terakhir BN untuk kekal berkuasa. Buktinya, lihat saja cara BN susun semula kawasan pilihan raya yang menyebelahinya,” hujahnya.

Beliau berpendapat BN bukannya bodoh untuk membawa suatu akta ke Parlimen ketika tempoh pilihan raya semakin hampir kecuali mempunyai tujuan tersirat yang menguntungkannya dalam pilihan raya.

“Kenapa BN tak bawa RUU 355? Secara tersurat akta itu seperti bagus. Tapi BN faham, akta itu tidak menguntungkannya secara tersirat dalam tempoh ini,” tegasnya lagi.




Demikianlah Artikel Pas sekongkol dengan penyamun, sokong apa saja untungkan BN

Sekianlah artikel Pas sekongkol dengan penyamun, sokong apa saja untungkan BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pas sekongkol dengan penyamun, sokong apa saja untungkan BN dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pas-sekongkol-dengan-penyamun-sokong.html

Subscribe to receive free email updates: