Judul : PAS tak tergugat Mat Sabu tanding di Selangor, rakyat bijak menilai
link : PAS tak tergugat Mat Sabu tanding di Selangor, rakyat bijak menilai
PAS tak tergugat Mat Sabu tanding di Selangor, rakyat bijak menilai
Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya II PAS Ir Mohd Haslin Hassan berkata, parti itu tidak tergugat dengan pengumuman Amanah yang mengesahkan bahawa Presidennya Mohamad Sabu diletakkan bertanding di Selangor.
Ini kerana katanya, berdasarkan prestasi ditunjukkan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika berada dalam PAS, bukanlah boleh dibanggakan.
Ujar beliau, walaupun beliau pernah menang tiga kali pilihan raya umum (PRU) sejak 1990 hingga 2004, namun rakyat kini sudah bijak untuk menilai kredibiliti seseorang calon itu.
Untuk rekod Mat Sabu tewas pada PRU 2008 kepada calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Terengganu dan PRU 2013 beliau kalah di Parlimen Pendang.
"Sokongan yang kuat pada tahun 1999 (di Parlimen Kuala Kedah), (tapi) Mat Sabu kalah di Terengganu dalam keadaan reformasi rakyat menjatuhkannya.
"Itu sebagai pengajaran buatnya apabila rakyat bangkit untuk perubahan dan menghukumnya.
"Di Terengganu dia kalah, di Kedah juga banyak kalah apabila bertanding," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Semalam Amanah Selangor mengumumkan Presiden mereka akan bertanding di salah sebuah kerusi Parlimen negeri itu.
Walau bagaimanapun tidak dapat disahkan lagi di mana Mat Sabu akan diletakkan.
Tetapi desas-desus ada menyatakan bahawa Mat Sabu dijangka bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja yang kini disandang Ketua Wanita Amanah, Siti Mariah Mahmud.
Dalam pada itu, Haslin terbuka untuk Mat Sabu untuk bertanding dimana sahaja beliau mahu.
Sambil menegaskan rakyat bijak dalam memilih calon yang mampu berkhidmat dan menjalankan tanggungjawab kepada kebajikan rakyat, ujar beliau.
"Kalau di Selangor ni, saya melihat walaupun dia (Mat Sabu) pemidato yang hebat tapi dari segi undi, dilihat agak susah untuk dapat undi.
"Hal ini kerana rakyat bijak menilai apa yang telah beliau lakukan dan kredibiliti beliau sendiri," jelasnya.
Amanah akan bertanding di lima kerusi Parlimen, iaitu Kota Raja, Shah Alam, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Langat.
Demikianlah Artikel PAS tak tergugat Mat Sabu tanding di Selangor, rakyat bijak menilai
Sekianlah artikel PAS tak tergugat Mat Sabu tanding di Selangor, rakyat bijak menilai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS tak tergugat Mat Sabu tanding di Selangor, rakyat bijak menilai dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pas-tak-tergugat-mat-sabu-tanding-di.html