Pasang bahan kempen haram, kompaun sehingga RM100,000

Pasang bahan kempen haram, kompaun sehingga RM100,000 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasang bahan kempen haram, kompaun sehingga RM100,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasang bahan kempen haram, kompaun sehingga RM100,000
link : Pasang bahan kempen haram, kompaun sehingga RM100,000

Baca juga


Pasang bahan kempen haram, kompaun sehingga RM100,000

OLEH NORHAYATI UMOR

 


SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Klang (MPK) meminta kerjasama semua pihak supaya tidak memasang bendera parti atau bahan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum tempoh ditetapkan.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, hal itu kerana terdapat pihak tidak bertanggungjawab memasang bendera dan bahan kempen di sekitar kawasan pentadbirannya.

Katanya, MPK akan mengambil tindakan tegas jika terdapat pihak yang ingkar.

“MPK mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang jika tidak dipatuhi dan kita mendapati ada pihak sudah mula memasang bendera tanpa kebenaran.

“Oleh itu, saya minta kerjasama semua pihak terbabit supaya membuka semula segala bentuk pemasangan bendera dan bahan kempen,” katanya ketika ditemui.

Mohamad Yasid berkata, MPK menurunkan tiga unit bahan kempen di Jalan Meru, Jalan Abdul Manan dan Pekan Meru, minggu lalu.

Katanya, bayaran kompaun sehingga RM100,000 boleh dikenakan kepada pihak berkenaan yang melanggar peraturan ditetapkan.

Terdahulu, SPR memaklumkan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak dengan mengarahkan poster atau bendera diturunkan kerana kuasa diperuntukkan boleh dikuat kuasa ketika tempoh rasmi kempen pilihan raya, selaras Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ia kerana pemasangan bendera dan bahan kempen sebelum bermulanya PRU14 terletak di bawah bidang kuasa PBT dan bukannya SPR.



Demikianlah Artikel Pasang bahan kempen haram, kompaun sehingga RM100,000

Sekianlah artikel Pasang bahan kempen haram, kompaun sehingga RM100,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasang bahan kempen haram, kompaun sehingga RM100,000 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pasang-bahan-kempen-haram-kompaun.html

Subscribe to receive free email updates: