PDRM dedah gambar penembak Imam Fadi

PDRM dedah gambar penembak Imam Fadi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PDRM dedah gambar penembak Imam Fadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PDRM dedah gambar penembak Imam Fadi
link : PDRM dedah gambar penembak Imam Fadi

Baca juga


PDRM dedah gambar penembak Imam Fadi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan gambar sebenar salah seorang suspek yang menembak mati pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysia Institut (UniKL BMI), Dr Fadi M R AlBatsh Fatma dalam kejadian subuh, Sabtu lalu.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam sidang media di Bukit Aman hari ini berkata, gambar sebenar itu berjaya diperoleh ekoran penemuan motosikal digunakan dua suspek berkenaan yang ditinggalkan berhampiran Tasik Danau Kota, semalam.
 
"Menerusi penemuan motosikal digunakan suspek yang ditinggalkan sejak Sabtu lalu di Tasik Danau Kota, iaitu selepas mereka menembak mati Fadi, PDRM berjaya mendapatkan gambar sebenar salah seorang suspek.
 
"Kita percaya, kedua-dua suspek masih berada di negara ini dan kita berharap agar orang ramai yang melihat serta mempunyai maklumat mengenai mereka dapat menyalurkannya kepada polis," katanya.
 
Mohamad Fuzi berkata, menerusi maklumat diterima, dua suspek berkenaan dipercayai masuk ke negara ini sejak penghujung Januari lalu menggunakan identiti palsu.
 
Malah, ketika ditanya sama ada suspek adalah ejen perisikan Mossad, beliau berkata polis tidak mempunyai maklumat mengenainya namun tidak menolak kemungkinan mereka terlatih dalam bidang ketenteraan.
 
"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, dua suspek terbabit dipercayai masuk ke negara ini menggunakan identiti palsu.
 
"Malah, kita tidak menolak kemungkinan mereka mempunyai kemahiran dalam ketenteraan," katanya.
 
Menurut Mohamad Fuzi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua suspek berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Shahrizal Salleh di talian 017-7134705 atau menghubungi mana-mana balai polis terdekat.
 
 


Demikianlah Artikel PDRM dedah gambar penembak Imam Fadi

Sekianlah artikel PDRM dedah gambar penembak Imam Fadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PDRM dedah gambar penembak Imam Fadi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pdrm-dedah-gambar-penembak-imam-fadi.html

Subscribe to receive free email updates: