Judul : Najib lancar pembukaan CSR Merapoh-Kubang Rusa
link : Najib lancar pembukaan CSR Merapoh-Kubang Rusa
Najib lancar pembukaan CSR Merapoh-Kubang Rusa
ANTARAPOSLIPIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan pembukaan satu lagi pakej jaringan jalan raya penting di Pantai Timur iaitu pakej 3 projek Central Spine Road (CSR) antara Merapoh ke Kampung Kubang Rusa di sini.
Pembinaan jalan empat lorong sepanjang 14 kilometer yang mula dibina pada 17 Mac 2015 itu siap sepenuhnya pada 14 Mac lalu.
Projek pembinaan laluan berkenaan yang disiapkan lebih awal menjimatkan kos apabila dengan menelan belanja kira-kira 140 juta berbanding kos asal sebanyak RM176 juta.
Najib berkata, pembinaan laluan berkenaan menunjukkan komitmen dan kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan kawasan luar bandar.
"Saya setuju dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob katakan bahawa memang sukar kita hendak impikan kawasan pedalaman seperti di Merapoh boleh ada lebuh raya seperti ini.
"Semua ini tidak datang bergolek sebaliknya kerana pentadbiran negara khususnya pengurusan ekonomi yang berada atas landasan betul yang dapat menjamin kesinambungan pembangunan," katanya ketika berucap merasmikan pembukaan projek CSR Seksyen 3E2 Merapoh ke Kampung Kubang Rusa.
Projek CSR sepanjang 350 kilometer dari Simpang Pelangai, Bentong ke Kuala Krai, Kelantan itu antara lain bertujuan meningkatkan taraf perhubungan antara Pantai Timur dan Pantai Barat.
Sehingga kini, projek yang dimulakan sejak 2008 itu telah berjaya disiapkan sepanjang 55.35 kilometer dari Merapoh ke Kampung Seberang Jelai.
Demikianlah Artikel Najib lancar pembukaan CSR Merapoh-Kubang Rusa
Sekianlah artikel Najib lancar pembukaan CSR Merapoh-Kubang Rusa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib lancar pembukaan CSR Merapoh-Kubang Rusa dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/najib-lancar-pembukaan-csr-merapoh.html