Judul : Pelabur tidak tolak kemenangan buat Mahathir, HARAPAN
link : Pelabur tidak tolak kemenangan buat Mahathir, HARAPAN
Pelabur tidak tolak kemenangan buat Mahathir, HARAPAN
MALAYSIAKINIPRU14 l Apa persamaan Donald Trump dan Brexit dengan Tun Dr Mahathir Mohamad? Mereka dianggap ‘kuda hitam’ atau underdog’ tetapi akhirnya menang.
Justeru, Mingze Wu, seorang pengurus dana FX di INTL FCStone Inc di Singapura, memberitahu Bloomberg bahawa tiada apa yang patut dipandang ringan.
Mingze adalah antara pengurus dana dan penganalisis yang ditemuramah oleh penerbitan perniagaan berkenaan berhubung pilihan raya umum 9 Mei ini.
Pilihan raya ke-14 itu akan menyaksikan Dr Mahathir berdepan dengan bekas anak didiknya, Datuk Seri Najib Razak. Ketika ini, terdapat pelbagai petanda dari akar umbi Melayu berhubung arah mana undi mereka akan menghala.
"Pemerhati politik menjangkakan parti pemerintah akan menang tetapi kita mempunyai begitu banyak kejutan sejak beberapa tahun lalu dan pasaran tidak harus memandang ringan apa sekalipun.
"Brexit, Trump dan ‘kuda hitam’ semuanya telah menang.
"Rakyat kecewa dengan parti pemerintah. Sama ada ini diterjemahkan sebagai kemenangan untuk pemimpin pembangkang Mahathir adalah cerita lain, tetapi adalah bodoh untuk menolak terus kemungkinan itu,” kata Mingze.
Di atas kertas, BN dijangka mengekalkan cengkaman selama enam dekad kuasa mereka tetapi gabungan pembangkang, Pakatan Harapan berharap Dr Mahathir mampu meyakinkan orang Melayu untuk menukar kesetiaan mereka, terutamanya berdasarkan skandal 1MDB.
Kemungkinan tiga senario
Artikel Bloomberg itu turut menggariskan tiga senario yang mungkin timbul selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Senario pertama ialah jika Najib dan BN menang.
Menurut Jean-Charles Sambor, timbalan ketua di BNP Paribas Asset Management, London, ini adalah petanda positif bagi aset Malaysia.
"Kami melihat bon mata wang tempatan Malaysia sebagai masih kurang dimiliki orang asing. Pasaran mahu melihat kesinambungan politik dan dasar, "katanya.
Roberto D'Ambrosio, ketua pegawai eksekutif di Alpari Research and Analysis (UK) di London, memberitahu Bloomberg bahawa kemenangan Najib akan dianggap sebagai kesinambungan dan positif bagi pasaran dalam jangka pendek.
Manakala penganalisis Malayan Banking Bhd berkata ringgit mungkin mengukuh sebanyak 1.5 peratus jika Najib dipilih semula.
Khoon Goh, ketua penyelidikan Asia di Australia & New Zealand Banking Group Ltd di Singapura, berkata sekiranya BN menang, ringgit akan mencatat keuntungan kecil, kerana ia telahpun mengukuhkan sedikit dan kemenangan itu akan mengekalkan status quo dasar ekonomi Malaysia.
Senario kedua ialah kedudukan parlimen yang tergantung.
Sambor dari Asset BNP Paribas berkata ini akan mewujudkan persekitaran yang tidak menentu.
"Kami sukar meramalkan dalam persekitaran sedemikian,” katanya.
Ricardo Adrogue, ketua pasaran pinjaman di Barings, Boston berkata firmanya akan mengekalkan kedudukan sekarang walaupun jika parlimen tergantung memandangkan ekonomi Malaysia yang berada dalam kedudukan yang kukuh.
Beliau berkata, bahawa serupa dengan kes-kes terdahulu dalam ekonomi maju, parlimen yang tergantung atau tempoh rundingan politik yang berlarutan, tidak semestinya mempunyai kesan buruk terhadap ekonomi.
Senario ketiga adalah kemenangan pembangkang dalam pilihan raya.
Dalam jangka pendek, Alpari's D 'Ambrosio, berkata, bahawa pasaran mungkin bertindak balas dengan cara negatif, walaupun fokus akan tertumpu kepada asas ekonomi negara yang akan kekal tidak terjejas.
Demikianlah Artikel Pelabur tidak tolak kemenangan buat Mahathir, HARAPAN
Sekianlah artikel Pelabur tidak tolak kemenangan buat Mahathir, HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelabur tidak tolak kemenangan buat Mahathir, HARAPAN dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pelabur-tidak-tolak-kemenangan-buat.html