Perbezaan manifesto: Pembaharuan vs pembangunan

Perbezaan manifesto: Pembaharuan vs pembangunan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perbezaan manifesto: Pembaharuan vs pembangunan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perbezaan manifesto: Pembaharuan vs pembangunan
link : Perbezaan manifesto: Pembaharuan vs pembangunan

Baca juga


Perbezaan manifesto: Pembaharuan vs pembangunan

 Azeem Abu Bakar 


Pengundi tidak boleh dipaksa memilih antara pembangunan atau pembaharuan kerana kita berhak menerima komitmen penuh daripada kerajaan baru dalam kedua-dua aspek. 




Oleh Azeem Abu Bakar

Akhirnya, kita telahpun dibentangkan dengan manifesto daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan PAS. Apakah kesimpulan yang dapat kita buat?

Artikel ini bukan bertujuan mengkaji manifesto mana yang lebih baik, tetapi ia mengajak kita membuat 2 pertimbangan apabila menganalisis janji-janji, agar kita dapat melakukan kesimpulan kita sendiri.

1. Tema dasar

Apabila kita meneliti manifesto versi penuh BN dan PH, anda akan melihat bahawa BN memberi tumpuan kepada pembangunan, sementara PH pula memberi penekanan kepada pembaharuan.

Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang kita sedia maklum, memfokuskan satu perkara – pembaharuan. Sebahagian besar janji-janji dalam manifesto PH hanya menyentuh isu atas prinsip berbanding menetapkan sasaran spesifik yang boleh diukur.

Misalnya, BN dan PH berjanji mengurangkan hutang peneroka Felda. BN secara khusus menjelaskan ia akan menghapuskan hutang berkaitan pembelian saham FGV dan menyediakan bantuan untuk mengurangkan hutang tersebut sehingga 70%, PH tidak menyatakan sebarang sasaran khusus.

Walaupun sebahagian daripada kita akan berpuas hati dengan janji-janji atas prinsip, ini akan menyukarkan kita menuntut akauntabiliti, jika janji-janji ini tidak dipenuhi kelak.

Jika diteliti, dasar pembaharuan dalam manifesto BN tidak begitu terperinci seperti PH. Kita sememangnya mengharapkan rancangan lebih komprehensif dalam isu pembaharuan, bukan hanya merangka peraturan bagi pembiayaan politik.

Bagaimanapun, seperti manifesto BN untuk warga Felda, kebanyakan inisiatif lain untuk wanita, angkatan tentera, golongan di bawah 40% (B40), golongan pertengahan (M40), kanak-kanak, pelajar dan golongan dengan keperluan khas, mempunyai mekanisme terperinci yang akan digunakan dan boleh diukur pencapaiannya.

BN juga mempunyai manifesto untuk setiap negeri dan satu manifesto khusus untuk belia.

Bagi mereka yang mencari kepastian dan kerangka mantap dalam pentadbiran negara, manifesto BN seolah-olah memenuhi semua kriteria. Bagaimanapun, jika seseorang menganggap isu pembaharuan lebih penting daripada pembangunan, maka manifesto PH adalah pilihan lebih baik.

Ini membawa kita kepada soalan seterusnya – sejauh manakah kemampuan BN dan PH menunaikan manifesto mereka, tidak kira manifesto itu lebih fokus kepada pembangunan atau pembaharuan? Bagi menilai perkara ini, kita perlu melihat rekod prestasi mereka untuk membuat kesimpulan.

2. Rekod

Manifesto BN menjanjikan banyak inisiatif pembangunan. Bagaimana pula dengan rekod prestasi mereka? Selepas membina MRT, Lebuhraya Pan Borneo, Rapid Pengerang, Tun Razak Exchange 106, Jambatan Pulau Pinang II, Kota Iskandar, RTC, UTC, LRT3, PR1MA, sukar untuk menafikan kemampuan kerajaan BN dalam membangunkan projek-projek pemangkin.

Projek-projek infrastruktur mega bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia, ia juga membantu merangsang ekonomi dengan mewujudkan berjuta pekerjaan dan kontrak berbilion ringgit untuk perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Sebaliknya, kerajaan negeri Pulau Pinang cuba cuba membina satu terowong dasar laut, sementara kerajaan Selangor masih tidak dapat memastikan bekalan air tanpa gangguan di negeri itu.

Walaupun inisiatif pembangunan BN kelihatan lebih memberangsangkan, ramai berpendapat ia tidak menawarkan sebarang pembaharuan.

Persoalannya, adakah PH dapat menjanjikan pembaharuan lebih baik? Cuba kita pertimbangkan, pada masa ini PKR dan DAP menafikan dakwaan rasuah RM1.18 bilion untuk tanah Ijok, terowong RM20.54 bilion, dan rumah banglo di Jalan Pinhorn dan Taman Manggis.

Walaupun SPRM menahan Datuk yang menerima sogokan RM19 juta untuk menutup kes terowong dan 5 pegawai syarikat kerana didakwa menerima wang pemindahan haram lebih RM200 juta dalam bentuk tunai daripada perjanjian Ijok, tetapi semuanya dinafikan penglibatan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang membuatkan ketelusan mereka dipersoalkan.

Jadi, mengajak Rakyat Malaysia untuk menolak kerajaan sedia ada atas dakwaan rasuah dan memilih DAP, PKR yang juga mempunyai skandal tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Dalam hal ketelusan pentadbiran, memilih PAS mungkin merupakan keputusan lebih masuk akal berbanding PH. Dalam 5 tahun lalu, 21 pemimpin PH disiasat SPRM atas sebab rasuah, sedangkan tiada seorang pun daripada PAS disiasat.

Kesimpulannya, walaupun BN nampak lebih berupaya memenuhi manifesto pembangunan mereka, mereka perlu menangani isu pembaharuan dengan lebih bersungguh-sungguh seperti PH.

Bagaimanapun, PAS berkemungkinan besar lebih berupaya melakukan pembaharuan berbanding BN atau PH kerana mereka setakat ini belum pernah disabitkan sebarang isu ketelusan pentadbiran.

Apapun, pengundi tidak boleh dipaksa memilih antara pembangunan atau pembaharuan kerana kita berhak menerima komitmen penuh daripada kerajaan baru dalam kedua-dua aspek.

Dalam minggu-minggu akan datang, kita perlu terus menilai keberkesanan rancangan dan keupayaan mereka untuk memenuhi janji, bagi memastikan kita memilih kerajaan yang boleh membawa kita mara #ForwardTogether sebagai sebuah negara.

Azeem Abu Bakar ialah setiausaha agung Organisation for National Empowerment (ONE).



Demikianlah Artikel Perbezaan manifesto: Pembaharuan vs pembangunan

Sekianlah artikel Perbezaan manifesto: Pembaharuan vs pembangunan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perbezaan manifesto: Pembaharuan vs pembangunan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/perbezaan-manifesto-pembaharuan-vs.html

Subscribe to receive free email updates: