Permohonan pengundi Segamat ditolak

Permohonan pengundi Segamat ditolak - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Permohonan pengundi Segamat ditolak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Permohonan pengundi Segamat ditolak
link : Permohonan pengundi Segamat ditolak

Baca juga


Permohonan pengundi Segamat ditolak

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan 48 pengundi di kawasan parlimen Segamat, Johor agar pewartaan notis Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Keempat yang mengandungi 949 nama baharu yang mereka bantah, ditangguhkan pelaksanaannya.

Pengundi berkenaan memohon agar Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Keempat 2017 itu ditangguhkan penggunaannya sementara menunggu keputusan rayuan mereka diumumkan.

Hakim Tan Sri Idrus Harun, yang mempengerusikan panel tiga anggota, berkata tidak terdapat keadaan istimewa bagi mewajarkan penangguhan itu kerana rayuan pengundi terbabit telah ditetapkan untuk didengar pada 24 April dan oleh itu tidak wujud keadaan prejudis terhadap mereka.

Dua hakim lain yang bersidang bersama-sama beliau ialah Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Notis bagi Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Keempat 2017 diwartakan pada 21 Feb tahun ini.​​​​

Pengundi berkenaan memfailkan rayuan itu berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Mac tahun ini menolak permohonan mereka bagi memulakan semakan kehakiman berhubung pendaftaran 949 pengundi yang didakwa menggunakan alamat kem tentera Segamat yang belum siap dibina.

Mereka juga memohon perisytiharan bahawa tindakan memasukkan nama pemilih berkenaan adalah tidak mengikut perlembagaan.

Peguam Michelle Ng, yang mewakili pengundi berkenaan, menggesa mahkamah memberi penangguhan yang dipohon itu dengan berkata rayuan yang dikemukakan itu akan menjadi sia-sia sekiranya Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang menyebelahi mereka.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan pula dalam penghujahannya berkata permohonan pengundi terbabit untuk menangguhkan penggunaan rang daftar pemilih tambahan berkenaan tidak mempunyai merit kerana ia telah diwartakan pada 21 Feb tahun ini dan mengikut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1954, ia dianggap muktamad dan tidak boleh dirayu, dibuang atau diketepikan oleh mana-mana mahkamah.– Bernama



Demikianlah Artikel Permohonan pengundi Segamat ditolak

Sekianlah artikel Permohonan pengundi Segamat ditolak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Permohonan pengundi Segamat ditolak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/permohonan-pengundi-segamat-ditolak.html

Subscribe to receive free email updates: