Judul : PH bakal dilanda krisis di Selangor?
link : PH bakal dilanda krisis di Selangor?
PH bakal dilanda krisis di Selangor?
THE MALAYSIAN TIMES
SHAH ALAM, 10 Apr: Tindakan Mohd Khairuddin Othman, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, keluar daripada PAS dan menyertai PKR akan menimbulkan konflik dalaman kepada Pakatan Harapan (PH) di Selangor.
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata jika Mohd Khairuddin dicalonkan semula di kerusi berkenaan, maka Parti Amanah Negara (Amanah) akan kehilangan kerusi tersebut.
“Ini bermakna calon Amanah yang bercita-cita untuk bertanding di situ (DUN Paya Jaras) akan kecewa dan krisis akan tercetus serta boleh merebak ke tempat-tempat lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Penyertaan Mohd Khairuddin yang juga bekas Setiausaha PAS Selangor ke dalam PKR diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam ceramah Pakatan Harapan di Sungai Buloh pada malam Ahad (8 April).
Sebelum ini, pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim mendedahkan bahawa kerusi Paya Jaras adalah antara sembilan kerusi DUN yang akan ditandingi Amanah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hasil rundingan agihan kerusi PH Selangor setakat 8 Mac lalu.
Demikianlah Artikel PH bakal dilanda krisis di Selangor?
Sekianlah artikel PH bakal dilanda krisis di Selangor? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PH bakal dilanda krisis di Selangor? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/ph-bakal-dilanda-krisis-di-selangor.html