Judul : PH: Melayu tetap diwakili Melayu jika kami menang
link : PH: Melayu tetap diwakili Melayu jika kami menang
PH: Melayu tetap diwakili Melayu jika kami menang
Pemimpin Pakatan Harapan meyakinkan rakyat di Parit, pimpinan tertinggi gabungan itu terdiri daripada orang Melayu
PARIT: Pakatan Harapan (PH) semalam meyakinkan orang Melayu, mereka tetap akan diwakili pemimpin Melayu jika mereka menolak Umno pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Bercakap pada satu ceramah di sini, Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata pimpinan tertinggi PH terdiri daripada orang Melayu.
“Umno menakutkan orang Melayu dengan mengatakan jika Barisan Nasional kalah, pemimpin DAP, Lim Kit Siang akan jadi perdana menteri.
“Tetapi jika Umno kalah, calon Melayu dari PH akan menang dan mewakili Melayu. Oleh itu, jangan takut, PH mewakili semua kaum di Malaysia,” katanya.
Mat Sabu berkata, ini sebabnya PH mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri gabungan itu dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya sementara menunggu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Sementara itu, Dr Mahathir yang juga pengerusi PH dan PPBM, berkata usaha menghalang PPBM bertanding pada PRU14 hanya menjadikan gabungan itu semakin kuat.
“Walaupun PPBM dibubar, semangat bekerjasama antara parti pembangkang kukuh dan bergerak bersama sebagai satu parti menggunakan satu logo, iaitu logo PKR.
“Di mana-mana kawasan pilihan raya kita akan meletakkan satu calon sahaja daripada mana-mana 4 parti bawah PH. Itu tidak mengapa, kerana simbolnya satu. Kita harap rakyat tidka keliru untuk mengundi siapa, kerana jika rakyat undi PKR, (bermaksud) rakyat undi PH.”
Bekas perdana menteri itu juga mengecam politik wang dan rasuah yang beliau sifatkan “tidak halal”.
“Kita orang Melayu, orang Islam, tidak boleh makan kerbau pendek (khinzir). Bolehkah anda sembelih khinzir dan sebut nama Allah, adakah ia menjadi halal dimakan?
“Sama juga seperti korupsi. Ia tidak halal jika anda berdoa sekalipun semasa mengambil wang itu. Ia masih wang yang dicuri.”
Dr Mahathir turut memuji orang ramai yang menghadiri acara PH di kawasan majoriti Melayu itu.
“Lihat malam ini, sampai ke sana, kita lihat begitu ramai orang hadir mendengar penjelasan PH. Ini kampung, tetapi kita lihat seperti bandar besar.”
Sambil menggesa orang ramai keluar mengundi pada 9 Mei ini, katanya, penting untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) kerana ia sudah lari daripada objektif asalnya.
PRU14 akan menyaksikan pertarungan 3 penjuru di Parit antara calon Amanah, Datuk Tarmizi Mohd Jam, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon BN, Nizar Zakaria yang memenangi kerusi itu pada 2008.
Nizar mengalahkan Najihatussalehah dengan majoriti 2,873 undi pada 2008.
Pada 2013, BN meletakkan Mohd Zaim Abu Hassan yang mengalahkan calon PAS, Muhammad Ismi Mat Taib dengan kelebihan 4,497 undi.
Parit adalah kerusi majoriti Melayu dengan 93% pengundi Melayu, 3% Cina dan 3% India
Demikianlah Artikel PH: Melayu tetap diwakili Melayu jika kami menang
Sekianlah artikel PH: Melayu tetap diwakili Melayu jika kami menang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PH: Melayu tetap diwakili Melayu jika kami menang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/ph-melayu-tetap-diwakili-melayu-jika.html