Portal berita baru BN tiada kesan besar, kata penganalis

Portal berita baru BN tiada kesan besar, kata penganalis - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Portal berita baru BN tiada kesan besar, kata penganalis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Portal berita baru BN tiada kesan besar, kata penganalis
link : Portal berita baru BN tiada kesan besar, kata penganalis

Baca juga


Portal berita baru BN tiada kesan besar, kata penganalis





PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata, laman web Barisan Nasional (BN) yang baru dilancarkan tidak akan memberi kesan besar bagi mendapatkan sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bercakap kepada FMT, Dr Faisal S Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata ini berdasarkan tinjauannya yang menunjukkan kira-kira 80% pengundi sudah tahu calon mana yang mereka mahu sokong.

Beliau berkata, hakikat laman web itu baru diwujudkan sebelum PRU14 akan menghalang keberkesanannya.

“Jika BN ingin mencipta impak besar, laman web itu sepatutnya sudah lama diwujudkan.”

Faisal mengulas mengenai portal politik ke-2 BN yang dilancarkan tahun ini untuk menghebahkan pencapaian dan membalas kritikan pembangkang menjelang PRU14.

Portal barisannasional.org.my mengandungi maklumat mengenai penggubal undang-undang BN di setiap negeri dan projek pembangunan utama yang dimulakan kerajaan sedia ada.

Ia juga menyenaraikan janji BN yang didakwa dikotakan dalam bidang seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, pengangkutan, keselamatan awam, tadbir urus dan pembangunan bandar serta luar bandar.

Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN melancarkan satu lagi portal, TheRakyat.com yang memfokuskan isu berkaitan PRU14.

Najib berkata, portal itu perlu kerana ia menyediakan maklumat tepat, cepat dan sah untuk melawan “berita palsu” pembangkang.

“Kita perlu mewujudkan satu platform yang menjadi wadah dan boleh digunakan untuk menghubungi rakyat,” katanya.

Beliau berkata, media sosial menjadi platform utama bagi orang awam mendapatkan maklumat dan membuat keputusan pada PRU.

Faisal bagaimanapun berkata, BN mempunyai kelemahan dalam menyampaikan berita melalui portal berbanding pembangkang.

Beliau berkata, di Malaysia, pembangkang tidak mempunyai akses kepada media arus perdana dan terpaksa bergantung kepada media sosial pada 2 PRU sebelum ini.

Katanya, BN mungkin ingin mencipta sebanyak mungkin sumber maklumat tetapi, tetapi pada akhirnya, laman web menjadi tidak begitu penting kerana maklumat kini disebarkan melalui platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

“Kini, orang ramai tidak merujuk laman web untuk mendapatkan maklumat kecuali mereka melayari portal dalam talian untuk mendapatkan berita alternatif.

“Ini salah satu sebab kenapa portal yang diwujudkan BN tidak berkesan.”
Najib lancar portal rasmi BN untuk PRU14



Demikianlah Artikel Portal berita baru BN tiada kesan besar, kata penganalis

Sekianlah artikel Portal berita baru BN tiada kesan besar, kata penganalis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Portal berita baru BN tiada kesan besar, kata penganalis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/portal-berita-baru-bn-tiada-kesan-besar.html

Subscribe to receive free email updates: