Judul : PPBM: Mahkamah buat keputusan Isnin depan
link : PPBM: Mahkamah buat keputusan Isnin depan
PPBM: Mahkamah buat keputusan Isnin depan
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Isnin ini untuk menyerahkan keputusan sama ada untuk memberikan kebenaran mendengar permohonan penuh PPBM berhubung pembubaran sementara yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Hari ini, peguam PPBM Rosli Dahlan dan peguam persekutuan kanan Shamsul Bolhassan telah membuat bantahan terhadap kebenaran itu di hadapan Hakim Datuk Azizah Nawawi.
Pada Isnin lalu, PPBM memfailkan satu lagi semakan kehakiman yang antara lain untuk membatalkan notis Seksyen 14 (5) Akta 1966 yang membenarkan pembubaran sementara parti itu.
PPBM memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan RoS pada 5 April lalu, dengan mendakwa ia menyalahgunakan Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan.
PPBM turut memohon injunksi mahkamah untuk menghalang RoS daripada mengambil tindakan lanjut membatalkan pendaftaran parti berkenaan sepenuhnya.
Parti itu juga mahu RoS memberi jawapan mengenai peruntukan yang dilanggar mereka sehingga menyebabkan PPBM digantung sebulan.
RoS sebelum itu mengarahkan pembubaran sementara PPBM kerana gagal mengemukakan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusatnya serta penyata kewangan parti itu setelah diarah berbuat demikian pada 28 Februari lalu melalui satu notis mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966.
Demikianlah Artikel PPBM: Mahkamah buat keputusan Isnin depan
Sekianlah artikel PPBM: Mahkamah buat keputusan Isnin depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPBM: Mahkamah buat keputusan Isnin depan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/ppbm-mahkamah-buat-keputusan-isnin-depan.html