PRU14 pungutan suara untuk GST – Nik Nazmi

PRU14 pungutan suara untuk GST – Nik Nazmi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14 pungutan suara untuk GST – Nik Nazmi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14 pungutan suara untuk GST – Nik Nazmi
link : PRU14 pungutan suara untuk GST – Nik Nazmi

Baca juga


PRU14 pungutan suara untuk GST – Nik Nazmi

KEADILAN DAILY

Nik Nazmi


Pilihan raya umum ke-14 adalah satu pungutan suara untuk rakyat memilih sama ada mahu terus membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) atau memansuhkannya, kata Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Jelasnya, ini kerana Pakatan Harapan berjanji akan menghapuskan cukai itu dalam masa 100 hari mentadbir Putrajaya.

“Pokoknya kita berbalik kepada persoalan paling penting: PRU14 adalah referendum tentang GST yang diperkenalkan Najib.

“Pakatan Harapan jelas mengatakan kami akan menghapuskan GST sebagai sebahagian 10 janji 100 hari kerajaan Persekutuan yang baru.

“Nyatanya, Pakatan Harapan mempunyai keazaman politik untuk melaksanakan perubahan – perubahan yang berani, peduli rakyat dan berwibawa. Barisan Nasional telah gagal,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas manifesto BN untuk golongan belia yang dilancarkan semalam.

Menurutnya lagi, seperkara yang tidak berani ditawarkan BN adalah untuk menghapuskan senarai hitam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Isu insentif perkahwinan untuk membantu pasangan muda sudah ada dalam Tawaran Harapan Anak Muda. Malah bantuan perkahwinan sudahpun diperkenalkan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan Selangor dan Pulau Pinang.

Masalah pekerjaan dan kos sara hidup tidak lain dan tidak bukan disebabkan kegagalan dasar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Razak. Kini isu manifesto populis tidak lagi timbul tetapi Barisan Nasional juga menerima dasar-dasar radikal perlu untuk selesaikan kemelut anak muda.

“Apa yang Pemuda Harapan Malaysia tawarkan pula kepada peminjam ini adalah dengan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN selain daripada menangguhkan pembayaran balik PTPTN ke atas peminjam yang bergaji RM4000 ke bawah sebulan.

“Setakat November 2017, dilaporkan seramai 447,890 daripada 790,186 rakyat Malaysia yang telah disenaraihitamkan pihak imigresen adalah peminjam PTPTN.

“Jumlah ini agak membimbangkan kerana separuh daripada yang disenaraihitamkan adalah peminjam PTPTN,” katanya.

Pemuda Harapan dalam manifesto gabungan pembangkang itu menumpukan 10 dasar yang boleh membantu anak muda berdepan dengan kenaikan kos sara hidup di negara ini.

Antara dasar yang diperjuangkan adalah penubuhan Dana Usahawan Belia bagi kawasan bandar dan luar bandar serta Insentif Perkahwinan Belia RM500 seorang bagi perkahwinan pertama.



Demikianlah Artikel PRU14 pungutan suara untuk GST – Nik Nazmi

Sekianlah artikel PRU14 pungutan suara untuk GST – Nik Nazmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14 pungutan suara untuk GST – Nik Nazmi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pru14-pungutan-suara-untuk-gst-nik-nazmi.html

Subscribe to receive free email updates: