PRU14: Zambry tanding dua kerusi, Husni di Tambun

PRU14: Zambry tanding dua kerusi, Husni di Tambun - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Zambry tanding dua kerusi, Husni di Tambun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Zambry tanding dua kerusi, Husni di Tambun
link : PRU14: Zambry tanding dua kerusi, Husni di Tambun

Baca juga


PRU14: Zambry tanding dua kerusi, Husni di Tambun

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
IPOH: Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sah bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen Lumut dan mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
Dalam pengumuman calon BN Perak untuk PRU-14 di sini hari ini, bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang meletak jawatan pada Jun lalu diberi mandat mempertahankan kerusi Parlimen Tambun apabila dicalonkan semula.
 
Empat penyandang kerusi Parlimen berjawatan Menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dicalonkan.
 
Ahmad Zahid sah bertanding di Bagan Datuk, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kekal di Larut dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Padang Rengas manakala Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong di Teluk Intan.
 
Sementara itu, Setiausaha Agung MCA yang juga Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak dicalonkan di Parlimen Tanjung Malim.
 
Beliau digantikan oleh Pengerusi MCA Perak, Datuk Mah Hang Soon.
 
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany sekali lagi dicalonkan di Parlimen Sungai Siput, lapor Utusan Online.
 
Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan antara muka baru yang pertaruhkan kali ini apabila diumumkan bertanding di Parlimen Parit Buntar.
 
Sementara itu, Zambry berkata, BN meletakkan calon di semua 24 kerusi Parlimen dan 59 DUN.
 
Menurutnya, calon-calon yang ditampilkan berlatar belakangkan golong profesional, pentadbir, guru dan pemimpin akar umbi.
 
“Calon dipilih setelah melalui proses penelitian dan saringan yang diterima di peringkat akar umbi dan diperakui oleh parti,” katanya.



Demikianlah Artikel PRU14: Zambry tanding dua kerusi, Husni di Tambun

Sekianlah artikel PRU14: Zambry tanding dua kerusi, Husni di Tambun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Zambry tanding dua kerusi, Husni di Tambun dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pru14-zambry-tanding-dua-kerusi-husni.html

Subscribe to receive free email updates: