Salleh: Puad letak jawatan tidak jejas JASA

Salleh: Puad letak jawatan tidak jejas JASA - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Salleh: Puad letak jawatan tidak jejas JASA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Salleh: Puad letak jawatan tidak jejas JASA
link : Salleh: Puad letak jawatan tidak jejas JASA

Baca juga


Salleh: Puad letak jawatan tidak jejas JASA

 
Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata pegawai-pegawai JASA seluruh negara akan terus melaksanakan tugas seperti diamanahkan.


Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata beliau sudah bertemu pegawai kanan JASA di peringkat pusat dan negeri dan beri jaminan peletakan jawatan Puad tidak jejaskan JASA sebagai organisasi kerajaan. (Gambar Facebook)


PUTRAJAYA: Peletakan jawatan Datuk Mohd Puad Zarkashi sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) tidak menjejaskan pendirian dan fungsi jabatan itu sebagai organisasi kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata pegawai-pegawai JASA seluruh negara akan terus melaksanakan tugas seperti diamanahkan.

“Saya sudah bertemu pegawai-pegawai kanan JASA di peringkat pusat dan negeri-negeri, dan mereka memberi jaminan peletakan jawatan Puad tidak menjejaskan pendirian dan fungsi JASA sebagai organisasi kerajaan,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Sehubungan itu, katanya tidak timbul soal jentera JASA akan terjejas seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Mohd Puad pada Rabu lepas, dalam laman Facebook miliknya mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Jasa, rentetan tidak disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Johor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Puad berkhidmat selama 3 tahun sebagai Ketua Pengarah JASA.

Salleh juga berkata beliau dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad mengenai surat peletakan jawatan Puad yang berkuat kuasa pada 26 April 2018.

“Bagi pihak diri saya serta warga KKMM, kami mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas segala sumbangan dan jasa beliau sepanjang perkhidmatan beliau sebagai ketua pengarah JASA,” katanya.



Demikianlah Artikel Salleh: Puad letak jawatan tidak jejas JASA

Sekianlah artikel Salleh: Puad letak jawatan tidak jejas JASA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Salleh: Puad letak jawatan tidak jejas JASA dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/salleh-puad-letak-jawatan-tidak-jejas.html

Subscribe to receive free email updates: