Satu logo kerana kita ingin bersatu padu, kata Dr M

Satu logo kerana kita ingin bersatu padu, kata Dr M - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Satu logo kerana kita ingin bersatu padu, kata Dr M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Satu logo kerana kita ingin bersatu padu, kata Dr M
link : Satu logo kerana kita ingin bersatu padu, kata Dr M

Baca juga


Satu logo kerana kita ingin bersatu padu, kata Dr M

Dr Mahathir berkata tidak mudah meminta setiap parti ketepikan lambang masing-masing.


PETALING JAYA: Keempat parti komponen Pakatan Harapan (PH) mengetepikan perasaan masing-masing dan memilih 1 lambang kerana “ingin bersatu padu”, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di hadapan 4,000 hadirin di ceramah Jelajah Pakatan Harapan di Pasir Gudang malam tadi, calon perdana menteri itu berkata mereka malam itu sudah melakukan sesuatu yang tak mungkin dilakukan dahulu.

“Bukan mudah nak suruh tiap-tiap parti menggugurkan lambang mereka. DAP guna simbol roket selama hampir 60 tahun, yang lain juga sayang pada lambang masing-masing, tetapi kerana kita ingin bersatu padu maka kita setuju akan guna hanya 1 lambang.

“Sampaikan maklumat ini kepada semua rakyat, dalam pilihan raya ini 4 parti yang tidak dibenar bergabung akan berjuang dan menggunakan lambang sama,” katanya.

Hadir sama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Sebaik sahaja ucapan, Dr Mahathir bersama pimpinan utama keempat parti mengibarkan bendera PKR, lambang yang menjadi pilihan untuk pilihan raya umum ke-14.

Mulai hari penamaan, calon-calon PPBM, Amanah dan DAP, serta Dr Mahathir sendiri, akan bertanding bawah lambang yang dikaitkan dengan gerakan reformasi.

Ini merupakan kali pertama semua parti pembangkang utama mengetengahkan lambang bersama di Semenanjung Malaysia.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional bawah Datuk Seri Najib Razak “takut kalau parti-parti lawan menggunakan 1 lambang.”

“Mereka tak boleh halang kita. Walaupun kita tak boleh guna lambang PH, masih kita akan guna 1 lambang untuk semua parti yang lawan Najib.”

Pertarungan di Semenanjung Malaysia dijangka sengit dengan pertembungan 3 penjuru di banyak kawasan melibatkan PH, BN dan PAS.

Sementara itu, Mohamad Sabu sempat mengumumkan beberapa calon dari partinya di Johor.

Mereka ialah Salahudin Ayub untuk Parlimen Pulai, Abrari Ramli untuk DUN Pasir Raja, Ahmad Kamar Nor untuk DUN Penawar, Zukifli Ahmad untuk DUN Kota Iskandar dan Suhaizan Kayat untuk DUN Kukup.

Salahuddin dijangka menentang Datuk Nur Jazlan Mohamad.



Demikianlah Artikel Satu logo kerana kita ingin bersatu padu, kata Dr M

Sekianlah artikel Satu logo kerana kita ingin bersatu padu, kata Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Satu logo kerana kita ingin bersatu padu, kata Dr M dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/satu-logo-kerana-kita-ingin-bersatu.html

Subscribe to receive free email updates: