SPR tak boleh jumpa kerana sibuk, kata Dr M

SPR tak boleh jumpa kerana sibuk, kata Dr M - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR tak boleh jumpa kerana sibuk, kata Dr M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR tak boleh jumpa kerana sibuk, kata Dr M
link : SPR tak boleh jumpa kerana sibuk, kata Dr M

Baca juga


SPR tak boleh jumpa kerana sibuk, kata Dr M

 
Dr Mahathir mahu mendapatkan pengesahan SPR tentang penggunaan lambang PKR oleh parti-parti pembangkang lain.


Dr Mahathir berkata SPR tidak boleh bertemu pimpinan PH yang mahukan pengesahan.


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh bertemu pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mendapatkan pengesahan tentang pengunaan lambang PKR oleh parti-parti pembangkang lain, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi PH mendakwa surat SPR kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata pertemuan tidak dapat diadakan kerana ada urusan yang tidak dapat dielak.

“Kita berikan tarikh 10 April untuk bertemu tetapi mereka pula kata tidak boleh jumpa kononnya sibuk. SPR sepatutnya ditubuh untuk bantu pilihan raya dilakukan dengan cara baik, tertib dan aman.

“Tetapi SPR pula tidak rela berjumpa. Inilah masalah yang dihadapi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM,” hari ini.

Saifuddin sebelum ini menghantar surat kepada Penasihat Undang-Undang SPR, Azizah Md Arshad meminta satu pertemuan diadakan bagi menjawab beberapa persoalan berkenaan penggunaan lambang PKR oleh PPBM, DAP dan Amanah.

Ketiga-tiga parti mahu menggunakan lambang PKR selepas mereka gagal mendaftarkan Pakatan Harapan untuk pilihan raya umum.

Surat itu, yang dibacakan Dr Mahathir kepada pemberita pada sidang media tadi berbunyi, SPR tidak dapat mengadakan pertemuan pada tarikh yang dipohon kerana ada urusan di mahkamah.

Menurut surat itu lagi, SPR dalam usaha memuktamadkan perkara berkaitan pilihan raya dan isu yang ditimbulkan kepadanya, dan memohon gabungan pembangkang menunggu makluman daripadanya.

“Jangan nanti di saat terakhir, sewaktu hendak menamakan calon keluar pula arahan bahawa tidak boleh pakai lambang PKR hingga kita tidak dapat bertanding dan BN menang tanpa bertanding,” kata Dr Mahathir.



Demikianlah Artikel SPR tak boleh jumpa kerana sibuk, kata Dr M

Sekianlah artikel SPR tak boleh jumpa kerana sibuk, kata Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR tak boleh jumpa kerana sibuk, kata Dr M dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/spr-tak-boleh-jumpa-kerana-sibuk-kata.html

Subscribe to receive free email updates: