Syamsul Debat antara calon muka baru BN Negeri Sembilan

Syamsul Debat antara calon muka baru BN Negeri Sembilan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syamsul Debat antara calon muka baru BN Negeri Sembilan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syamsul Debat antara calon muka baru BN Negeri Sembilan
link : Syamsul Debat antara calon muka baru BN Negeri Sembilan

Baca juga


Syamsul Debat antara calon muka baru BN Negeri Sembilan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SEREMBAN: Personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat adalah antara muka baru yang ditampilkan BN Negeri Sembilan bagi menghadapi pilihan raya umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.
 
Syamsul, yang juga ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Seremban, menganggap pemilihan beliau sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat adalah satu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu digalas dengan sebaiknya.
 
Pemilihan Syamsul Amri, 41, sekali gus bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di DUN Sikamat melibatkan calon PKR, yang juga pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan Rahim Yusof daripada PAS.
 
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, R. Thinalan menyifatkan pemilihan beliau sebagai calon bagi kerusi DUN Sri Tanjung sebagai meneruskan legasi mendiang bapanya, Datuk T. Rajagopalu, yang meninggal dunia pada 25 Ogos 2014.
 
Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, mendiang bapanya yang merupakan bekas Setiausaha Agung MIC Kebangsaan, adalah wakil rakyat di kawasan itu selama sepenggal pada 2004.
 
“Pada tahun 2008, kerusi berkenaan telah dimenangi pembangkang dan hasrat saya kali ini untuk merampas kembali kerusi tersebut serta kembalikan kegemilangan kawasan DUN itu,” katanya kepada Bernama.
 
Ketua Penerangan MCA Negeri Sembilan, Ho Choi Sin pula menganggap pemilihan beliau sebagai calon DUN Mambau adalah sejarah dalam kerjaya politiknya.
 
Bagi calon Parlimen Seremban yang juga Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Chong Sin Woon, beliau berjanji akan bekerja keras memastikan kemenangan BN sekali gus mahu menyumbang satu kerusi kepada pembentukan kerajaan pusat.
 
"Sebagai penerima watikah calon, maka saya memikul tanggungjawab yang besar dan akan berusaha bersama jentera parti di Parlimen Seremban untuk menemui seberapa ramai pengundi semasa berkempen yang saya telah lakukan selama ini," tambahnya.
 
Beliau yakin dan percaya barisan yang diumumkan semalam, apabila diberi mandat oleh rakyat kelak, akan menyampaikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.
 
 


Demikianlah Artikel Syamsul Debat antara calon muka baru BN Negeri Sembilan

Sekianlah artikel Syamsul Debat antara calon muka baru BN Negeri Sembilan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syamsul Debat antara calon muka baru BN Negeri Sembilan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/syamsul-debat-antara-calon-muka-baru-bn.html

Subscribe to receive free email updates: