Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti kerajaan

Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti kerajaan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti kerajaan
link : Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti kerajaan

Baca juga


Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti kerajaan


Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti kerajaan


Bekas veteran Umno, Datuk Zaharin Mohd Yasin mengingatkan angkatan tentera sepatutnya setia kepada Yang di-Pertuan Agong bukannya kepada parti pemerintah.

Menurutnya, doktrin yang ada pada tugas angkatan tentera yang merangkumi laut, darat dan udara bertaraf diraja tidak mempunyai kaitan dengan parti kerajaan sama seperti pasukan polis.

“Tentera dan polis tidak boleh menyebut akan setia kepada kerajaan, kerana kerajaan itu parti politik.

“Sepatutnya, mencukupi berkata kesetiaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” tegasnya dipetik daripada kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong adalah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera yang mempunyai dekri memutuskan sesuatu perkara berkaitan hal angkatan tentera dan pertahanan.

“Jika disebut kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, maka kenalah setia kepada kerajaan Yang Di-Pertuan Agong.

“Makna dan ertinya dia bebas dari campur tangan politik. Tak akan hal kecil saperti isu pengucapan awam ini, saya nak sekolahkan juga kepada seorang Jeneral,” bidasnya.

Zaharin dipercayai mengulas kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada 30 Mac lalu yang menggesa anggota tentera dan polis bersyukur serta setia kepada kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Zaharin menyifatkan agak pelik seorang Panglima tidak dapat membezakan antara penjawat awam dengan angkatan tentera.

“Tidakkah dia faham kenapa urusan Perkhidmatan Tentera terletak di Majlis Angkatan Tentera dan Perkhidmatan Polis di Suruhanjaya Perkhidmatan Polis tidak di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?

“Inilah standard pengetahuan dasar awam dan sistem pemerintahan Malaysia oleh seorang Panglima Tentera yang ada empat bintang,” bidas penulis blog itu lagi.



Demikianlah Artikel Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti kerajaan

Sekianlah artikel Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti kerajaan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/tentera-polis-patut-setia-kepada-agong.html

Subscribe to receive free email updates: