Tiada perpecahan, cuma adat musim PRU - Fuziah

Tiada perpecahan, cuma adat musim PRU - Fuziah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada perpecahan, cuma adat musim PRU - Fuziah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada perpecahan, cuma adat musim PRU - Fuziah
link : Tiada perpecahan, cuma adat musim PRU - Fuziah

Baca juga


Tiada perpecahan, cuma adat musim PRU - Fuziah

Nuradilla Noorazam, Astro Awani
Tiada perpecahan, cuma adat musim PRU - Fuziah
Fuziah berkata bahawa apabila terdapat penukaran calon maka perselisihan akan berlaku. Walaubagaimanapun ia sudah dijangkakan. - Gambar fail
 
 
KUANTAN: Spekulasi perpecahan antara Timbalan Presiden Datuk Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli didakwa hanyalah satu permainan media.

Ketua Cawangan PKR Kuantan, Fuziah Salleh berkata insiden melobi saat-saat akhir yang didakwa melibatkan pemimpin parti itu sebagai “a storm in a tea cup” atau sesuatu permasalahan kecil yang sengaja digembar-gemburkan.

Fuziah yang juga naib presiden PKR berkata media membuat spekulasi mengenai peletakan jawatan Tian Chua apabila ada ura-ura mengatakan bahawa beliau tidak akan dicalonkan kembali untuk kerusi parlimen Batu.

“Media memainkan bahawa Tian Chua akan meletak jawatan tetapi beliau tidak berbuat demikian.
 
“Ia hanyalah spekulasi. Memanglah sewaktu musim pencalonan, akan ada pihak yang tidak berpuas hati dan ia adalah sesuatu yang normal.

“Namun pihak kepimpinan memahami perkara ini dan kami menghormati keputusan yang telah dibuat presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail,” katanya ketika ditemui sewaktu melancarkan Laporan Prestasi Ahli Parlimen PKR di Pusat Gerakan PKR, di sini awal pagi tadi.

PKR yang bakal mengumumkan senarai penuh calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada 25 April di ibu negara dijangka bakal membariskan beberapa muka-muka baru.

Fuziah berkata bahawa apabila terdapat penukaran calon maka perselisihan akan berlaku. Walau bagaimanapun ia sudah dijangkakan.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada unsur ‘kartel’ dalam parti seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Pada Ahad, beberapa pemimpin PKR dilihat keluar masuk kediaman presiden parti di Segambut.

Difahamkan bahawa beberapa calon yang dipilih tidak dipersetujui di peringkat tertinggi parti.

Malah media luar negara turut mengaitkan insiden ini dengan kewujudan dua kem dalam PKR yang masing-masing diketuai Azmin dan Rafizi. 
 
 


Demikianlah Artikel Tiada perpecahan, cuma adat musim PRU - Fuziah

Sekianlah artikel Tiada perpecahan, cuma adat musim PRU - Fuziah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada perpecahan, cuma adat musim PRU - Fuziah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/tiada-perpecahan-cuma-adat-musim-pru.html

Subscribe to receive free email updates: