Judul : Tol Jambatan P Pinang: Lim beri 'tawaran balas'
link : Tol Jambatan P Pinang: Lim beri 'tawaran balas'
Tol Jambatan P Pinang: Lim beri 'tawaran balas'
MALAYSIAKINIPRU14 | Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak menjanjikan bayaran tol untuk penunggang motosikal yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang dimansuhkan jika mereka berjaya menguasai negeri itu pada PRU ke-14 ini.
Namun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menawarkan tawaran lebih menarik.
Lim yang juga ketua menteri sementara di Pulau Pinang berkata jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadi kerajaan persekutuan bukan saja tol untuk motosikal dihapuskan, malah untuk semua kenderaan.
“Jika anda undi BN, caj tol untuk motosikal akan dimansuhkan di Jambatan Pulau Pinang.
“Jika anda undi HARAPAN, sebaik sahaja kami mengambil alih Putrajaya, semua caj tol di Jambatan Pulau Pinang akan dimansuhkan,” kata Lim melalui ciapannya di Twitternya hari ini.
BN berusaha gigih mengambil alih Pulau Pinang yang terlepas daripada cengkaman mereka sejak PRU ke-12.
Pada PRU ke-13 lima tahun lalu prestasi BN semakin merudum apabila hanya mempertahankan 10 kerusi berbanding 11 pada 2008.
Najib yang juga perdana menteri sementara mengikrarkan janji itu semasa melawat Pulau Pinang semalam.
Dalam ucapannya Najib berkata pemansuhan tol adalah tambahan inti pati manifesto BN untuk PRU ke-14 yang akan diadakan pada 9 Mei ini.
Dalam manifesto HARAPAN pula, walaupun tidak menyebut secara khusus mengenai Jambatan Pulau Pinang, namun ia mengandungi janji untuk memansuhkan kutipan tol di lebuh raya secara berperingkat.
Jambatan Pulau Pinang menjadi laluan utama menghubungkan Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu.
Menghubungkan Lebuh Raya Gelugor dan Bayan Lepas, jambatan sepanjang kira-kira 13.5km itu dibuka secara rasmi pada 1985.
Sama seperti perkhidmatan feri, ia mengenakan caj tol sehala saja, iaitu bagi perjalanan dari Seberang Perai.
Demikianlah Artikel Tol Jambatan P Pinang: Lim beri 'tawaran balas'
Sekianlah artikel Tol Jambatan P Pinang: Lim beri 'tawaran balas' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tol Jambatan P Pinang: Lim beri 'tawaran balas' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/tol-jambatan-p-pinang-lim-beri-tawaran.html