Ugut SPRM tindakan bacul

Ugut SPRM tindakan bacul - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ugut SPRM tindakan bacul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ugut SPRM tindakan bacul
link : Ugut SPRM tindakan bacul

Baca juga


Ugut SPRM tindakan bacul

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan perbuatan pihak yang menghantar peluru hidup dan nota berbaur ugutan kepada pegawai kanan suruhanjaya itu sebagai pengecut.
 
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata pihaknya memberi amaran tegas kepada individu yang cuba mengugut pegawai kanan SPRM supaya menghentikan perbuatan itu.
 
"Saya mahu mereka yang terbabit menghentikan perbuatan itu kerana tindakan pengecut sedemikian tidak akan sama sekali melemahkan semangat pegawai SPRM daripada melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami.
 
"Perbuatan ugutan sedemikian hanya menyuntik lagi semangat kami untuk terus berjuang dalam memastikan hak masyarakat terbela daripada anasir rasuah dan salah guna kuasa di negara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
 
Dzulkifli berkata, SPRM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi menyiasat kes berkenaan.
 
Semalam, media melaporkan dua pegawai kanan SPRM membuat laporan polis apabila menerima peluru hidup dan nota amaran berbaur ugutan yang diletakkan dalam peti surat di rumah mereka.
 
Kedua-dua pegawai berkenaan yang memegang gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
 
Mereka menerima bungkusan berbentuk ugutan itu dalam peti surat rumah di Bandar Seri Putra, Bangi dan Sungai Tangkas, Kajang.
 
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan siasatan kes berkenaan.
 
 


Demikianlah Artikel Ugut SPRM tindakan bacul

Sekianlah artikel Ugut SPRM tindakan bacul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ugut SPRM tindakan bacul dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/ugut-sprm-tindakan-bacul.html

Subscribe to receive free email updates: