Judul : Zahid: Manifesto BN bukti kewangan kukuh, negara tak bankrap
link : Zahid: Manifesto BN bukti kewangan kukuh, negara tak bankrap
Zahid: Manifesto BN bukti kewangan kukuh, negara tak bankrap
Timbalan perdana menteri berkata, manifesto BN untuk PRU14 dibuat dengan kajian terperinci, termasuk mengambil kira kantung pendapatan negara.
BAGAN DATUK: Manifesto atau aku janji Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi membuktikan rizab kewangan negara kukuh dan tidak bankrap, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri itu berkata, ini kerana manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) itu dibuat dengan kajian terperinci, termasuk mengambil kira kantung pendapatan negara, khususnya di Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).
Jelasnya, aku janji BN setebal 262 muka surat dan mengandungi 14 tema utama dengan 392 inisiatif meliputi semua lapisan masyarakat itu adalah praktikal dan realistik untuk dilaksanakan, bukannya manifesto pembangkang yang diibaratkan “turun dari langit”.
“Kita dapati ketika pembentangan belanjawan terdahulu, andaian yang dibuat kerajaan harga petrol adalah AS$59 (RM228) setong. Namun, sekarang harga mencecah lebih sedikit (iaitu) AS$69 (RM267) setong, ertinya pendapatan negara akan bertambah.
“Pendapatan inilah yang digunakan untuk melaksanakan program yang dirancang. Di samping itu,
apabila sistem percukaian daripada SST (cukai jualan dan perkhidmatan) kepada GST (cukai barangan dan perkhidmatan), wang itu dikembalikan kepada rakyat,” katanya.
Zahid yang merupakan timbalan pengerusi BN berkata demikian selepas merasmikan program Tinjauan Mesra sempena program Jualan Sentuhan Rakyat di Hutan Melintang, hari ini.
Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, pelaksanaan GST memperlihatkan kerajaan tidak pernah bankrap kerana rizab negara yang diumumkan Bank Negara berada pada tahap tertinggi, iaitu melebihi AS$108 bilion (RM418 bilion).
Menteri dalam negeri itu menjelaskan pengurusan kewangan negara dan seluruh sistem penyampaian yang dilaksanakan kerajaan BN adalah mampan untuk dilaksanakan seperti manifesto BN terdahulu.
Jelasnya, projek pembangunan yang dirancang dan dilakukan selama ini tidak dapat dilaksanakan, jika pengurusan kewangan negara tidak mengikut langkah betul.
“Mana mungkin rizab (negara) kita (boleh) meningkat kalau negara kita bankrap, dan mana mungkin projek dapat dilaksanakan jika pengurusan negara tidak dijalankan sepenuhnya,” katanya.
Zahid berkata, kerajaan turut menunaikan janji dengan memasukkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diabaikan pemimpin yang lama memerintah negara suatu ketika dahulu ke dalam manifesto BN kali ini.
“Kita lihat contohnya MA63, perdana menteri menyebutkan perjanjian ditandatangani antara negeri di Malaysia memperlihatkan Sabah dan Sarawak adalah komponen utama dalam perjanjian berkenaan.
“Jadi, dengan adanya manifesto ini, kita harap beberapa tindakan terlepas pandang oleh pemimpin terdahulu, terutama pemimpin yang agak lama memimpin negara tidak lagi dijadikan isu seperti isu Sabah untuk orang Sabah dan Sarawak untuk orang Sarawak,” katanya.
Mengambil contoh inisiatif untuk wanita, Zahid berkata, manifesto BN untuk PRU14 merupakan pengiktirafan kepada golongan wanita dan komitmen kerajaan terus memperkasa mereka.
Demikianlah Artikel Zahid: Manifesto BN bukti kewangan kukuh, negara tak bankrap
Sekianlah artikel Zahid: Manifesto BN bukti kewangan kukuh, negara tak bankrap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zahid: Manifesto BN bukti kewangan kukuh, negara tak bankrap dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/zahid-manifesto-bn-bukti-kewangan-kukuh.html