Judul : ‘Adik ditemukan tergantung dalam bilik’ – Kakak Vasanthapiriya
link : ‘Adik ditemukan tergantung dalam bilik’ – Kakak Vasanthapiriya
‘Adik ditemukan tergantung dalam bilik’ – Kakak Vasanthapiriya
THE MALAYSIAN TIMES
GEORGE TOWN: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa pelajar tingkatan dua M. Vasanthapiriya ditemukan dalam keadaan tergantung bersama selendang dan tersangkut di paip pendingin hawa di dalam bilik.
Kakak pelajar itu, M. Himapria,18, berkata beliau melihat adiknya itu tergantung di paip pendingin hawa dalam bilik ketiga rumahnya selepas membuka pintu bilik itu menggunakan kunci pendua selepas cubaan memanggil adiknya untuk membuka pintu gagal.
“Kali pertama saya mengetuk pintu tiada jawapan dan tidak dibuka, kali kedua juga tidak dibuka dan tiada kedengaran suara akhirnya saya mengambil salinan kunci (kunci pendua) dan membuka pintu tersebut. Selepas pintu berjaya dibuka, terdapat kerusi di balik pintu dan saya terpaksa menolak untuk membolehkan pintu terbuka. Sebaik terbuka saya melihat adik berada (dalam keadaan) tergantung bersama selendang,” katanya.
Himapria ialah saksi kelima prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan dua itu yang meninggal dunia selepas menggantung diri, dipercayai kerana malu akibat dituduh mencuri telefon pintar seorang guru.
Saksi itu berkata beliau turut menjumpai sepucuk surat yang ditulis adiknya yang berbunyi “Tak ada orang yang bertanggungjawab ke atas kematian saya. Saya tidak mengambil telefon cikgu,”.
Terdahulu Himapria berkata cikgu Raymala (pemilik telefon pintar yang hilang itu) bersama suaminya ada datang ke rumahnya dan bertanyakan hal kehilangan telefon kepada bapanya dan adiknya telah menjawab tidak mengambil telefon guru terbabit.
“Cikgu Raymala dan suaminya datang ke rumah. Yang ada ketika itu di ruang tamu adalah cikgu Raymala, suaminya , bapa dan adik Vasanthapiriya dan mereka berbincang di ruang tamu rumah,” katanya.
Abang pelajar itu, M. Meharaj,16, yang merupakan saksi keenam inkues, memaklumkan kepada mahkamah bahawa bapanya ada memberitahu akan menggantikan telefon pintar berkenaan sama ada telefon itu diambil atau tidak diambil oleh adiknya.
Inkues yang didengar di hadapan Koroner Norsalha Hamzah bersambung 4 Julai ini. Inkues dibantu pegawai pengendali J.G.Kameni.
Vasanthapiriya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya pada 3.35 pagi, 1 Feb lalu selepas tidak sedarkan diri akibat menggantung diri di rumahnya.
Mendiang dikatakan berbuat demikian selepas dituduh mencuri telefon pintar milik seorang guru wanita di sekolahnya.– Bernama
Demikianlah Artikel ‘Adik ditemukan tergantung dalam bilik’ – Kakak Vasanthapiriya
Sekianlah artikel ‘Adik ditemukan tergantung dalam bilik’ – Kakak Vasanthapiriya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Adik ditemukan tergantung dalam bilik’ – Kakak Vasanthapiriya dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/adik-ditemukan-tergantung-dalam-bilik.html