Akta Hasutan, hukuman gantung antara 7 undang-undang KDN dikaji semula

Akta Hasutan, hukuman gantung antara 7 undang-undang KDN dikaji semula - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akta Hasutan, hukuman gantung antara 7 undang-undang KDN dikaji semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akta Hasutan, hukuman gantung antara 7 undang-undang KDN dikaji semula
link : Akta Hasutan, hukuman gantung antara 7 undang-undang KDN dikaji semula

Baca juga


Akta Hasutan, hukuman gantung antara 7 undang-undang KDN dikaji semula

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA-Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula tujuh undang-undang berkaitan keselamatan negara yang didapati tidak lagi sesuai dalam landskap hari ini, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Undang-undang berkenaan ialah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948, hukuman gantung sampai mati, Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

Beliau berkata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat akan dirujuk bagi mendapatkan pandangan dan cadangan mereka berhubung langkah mengkaji semula undang-undang tersebut.

“Undang-undang ini akan disemak dan diganti jika terdapat keperluan.

“Perkara ini (kajian) akan memerlukan sedikit masa tetapi tidaklah sampai lima tahun sehingga PRU akan datang baru kita hendak selesaikan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai tempoh masa yang diperlukan untuk menyelesaikan kajian tersebut.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media pertamanya sebagai Menteri Dalam Negeri selepas menerima taklimat daripada ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN.

Beliau berkata langkah mengkaji undang-undang berkenaan adalah satu daripada perkara berkaitan isu keselamatan yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk diberi perhatian oleh KDN.

Perkara lain adalah menaikkan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM) supaya lebih dihormati dan disegani termasuk menubuhkan Suruhanjaya Aduan Bebas dan Salah Laku Polis.

“Menangani isu rasuah dan salah guna kuasa, yang dijanjikan dalam manifesto PH, juga akan diberi perhatian. Hal seperti ini sangat dibenci oleh rakyat dan apabila PH menang dan menjadi kerajaan, ini adalah amanah yang perlu dipikul dan dilaksanakan,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak juga akan dibela dengan mengurangkan birokrasi dalam pendaftaran kelahiran.

Ditanya mengenai undang-undang sedia ada yang mengenakan penalti RM1,000 bagi pendaftaran lewat kelahiran, Muhyiddin berkata: “Kalau itu menjadi aduan dan dianggap membebankan, kita akan teliti dan kaji dan membuat keputusan yang sesuai.”



Demikianlah Artikel Akta Hasutan, hukuman gantung antara 7 undang-undang KDN dikaji semula

Sekianlah artikel Akta Hasutan, hukuman gantung antara 7 undang-undang KDN dikaji semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akta Hasutan, hukuman gantung antara 7 undang-undang KDN dikaji semula dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/akta-hasutan-hukuman-gantung-antara-7.html

Subscribe to receive free email updates: