AMANAH gesa batal projek ECRL

AMANAH gesa batal projek ECRL - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AMANAH gesa batal projek ECRL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AMANAH gesa batal projek ECRL
link : AMANAH gesa batal projek ECRL

Baca juga


AMANAH gesa batal projek ECRL

MALAYSIAKINI

   

Pemuda AMANAH menggesa kerajaan Malaysia membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 billion.

"Pemuda AMANAH menggesa kerajaan Malaysia juga membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 billion.

"Projek ini jauh lebih kritikal daripada projek HSR kerana bukan sahaja kosnya yang terlalu tinggi, tetapi juga ia melibatkan pinjaman daripada kuasa besar China.

"Beban pinjaman ini akan ditanggung oleh rakyat terutama anak muda dan generasi yang akan datang," kata ketua pemudanya Faiz Fadzil dalam suatu kenyataan hari ini yang turut mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membatalkan projek mega HSR.

Faiz mendakwa projek mega ini melebihi anggaran kos asalnya dan mendesak siasatan rapi berhubung dakwaan dana projek ini dilencongkan untuk membayar hutang 1MDB.




"Projek mega ini didakwa melebihi kos asal yang dianggarkan sekitar RM30 billion.

"Pemuda AMANAH memandang serius dakwaan sebelum ini bahawa lebihan kos projek ini akan dilencongkan bagi tujuan tertentu termasuk membayar hutang 1MDB.

"Justeru, Pemuda AMANAH juga mendesak siasatan rapi diambil kerajaan bagi menyiasat kebenaran dakwaan ini agar siasatan skandal 1MDB dilakukan sehingga ke akar umbi," katanya lagi.

Pada 24 Mei 2018 lalu, pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram, yang juga salah seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan berkata projek ECRL bukan pelaburan dari China, tetapi merupakan pinjaman yang amat besar dari bank eksport-import China.

“Sebagai contoh, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM67 billion (US$17 bilion) tidak berdaya maju dari segi ekonomi dan kos yang melangkaui bajet bagi projek besar seumpama itu adalah satu norma antarabangsa.




“Projek tersebut diberikan oleh kerajaan sebelum ini kepada sebuah syarikat China tanpa sebarang persaingan, apatah lagi proses yang telus, dengan pelbagai keistimewaan khusus termasuk pengecualian cukai.


BACA: Chin Tong saran laluan berbeza ECRL


“Pada 9 Mei, rakyat Malaysia telah menunjukkan dengan jelas pendirian mereka menolak FDI tidak bertanggungjawab dan hutang yang meragukan yang boleh membebankan dan meruntuhkan ekonomi, namun tentangan terhadap projek tersebut bukan bermakna bantahan keseluruhan terhadap pelaburan dari China,” katanya.

Manakala itu, sebelum PRU14, Dr Mahathir berkata jika HARAPAN pilihan raya, kerajaan akan merundingkan semula projek ECRL berkenaan.

Antara lain katanya kerajaan akan cuba mengehadkan projek terbabit kepada jarak tertentu dan akan melengkapkannya jika ia benar-benar mendapat permintaan tinggi.




Demikianlah Artikel AMANAH gesa batal projek ECRL

Sekianlah artikel AMANAH gesa batal projek ECRL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AMANAH gesa batal projek ECRL dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/amanah-gesa-batal-projek-ecrl.html

Subscribe to receive free email updates: