AMIRUDDIN, SHAHARUDDIN ANTARA CALON MB SELANGOR

AMIRUDDIN, SHAHARUDDIN ANTARA CALON MB SELANGOR - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AMIRUDDIN, SHAHARUDDIN ANTARA CALON MB SELANGOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AMIRUDDIN, SHAHARUDDIN ANTARA CALON MB SELANGOR
link : AMIRUDDIN, SHAHARUDDIN ANTARA CALON MB SELANGOR

Baca juga


AMIRUDDIN, SHAHARUDDIN ANTARA CALON MB SELANGOR




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin antara calon yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik Mohamed Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Dua nama ADUN ini berada dalam senarai utama yang dalam pertimbangan tuanku sultan untuk menggantikan Mohamed Azmin. Namun, tuanku ada juga menimbangkan beberapa nama lain.

“Apa pun, kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak Istana Selangor berhubung perkara ini,” kata sumber kepada Watan Online, pada Ahad.

Sementara itu, Mohamed Azmin dilihat tiba kira-kira jam 11.50 pagi di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, pada Ahad bagi mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Difahamkan pertemuan itu bagi membolehkan Mohamed Azmin memaklumkan kepada baginda berhubung perkembangan terkini serta memohon pandangan tuanku sama ada kekal memegang jawatan Menteri Besar atau sebaliknya.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal ketiga berturut-turut selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Istiadat angkat sumpah jawatan untuk Menteri Persekutuan dijadualkan akan berlangsung di Istana Negara esok.




Demikianlah Artikel AMIRUDDIN, SHAHARUDDIN ANTARA CALON MB SELANGOR

Sekianlah artikel AMIRUDDIN, SHAHARUDDIN ANTARA CALON MB SELANGOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AMIRUDDIN, SHAHARUDDIN ANTARA CALON MB SELANGOR dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/amiruddin-shaharuddin-antara-calon-mb.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :