Judul : Buka semula kes Altantuya: IGP kata kena bincang dulu
link : Buka semula kes Altantuya: IGP kata kena bincang dulu
Buka semula kes Altantuya: IGP kata kena bincang dulu
THE MALAYSIAN TIMES
PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata beliau perlu berbincang dengan pegawainya terlebih sebelum membuat sebarang keputusan berhubung kes kematian model Mongolia Altantuya Sharibuu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan polis akan membuka semula siasatan kes kematian Altantuya, yang sering dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kes pembunuhan Altantuya berlaku pada Oktober 2006 dan sehingga kini masih belum diselesaikan sepenuhnya.
Pada 9 April 2009 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umarselepas didapati bersalah membunuh Altantuya.
Pada 23 Ogos 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan Sirul Azhar tertuduh kedua dan bekas anggota unit selam tempur UTK, Azilah Hadri tertuduh pertama selepas berpuas hati bahawa tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.
Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-duanya selepas membenarkan rayuan pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan.
Sirul kini berada dalam tahanan imigresen di Brisbane sejak 20 Januari 2015.
Selain mereka, bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang pada mulanya didakwa bersubahat dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Baru-baru ini, Presiden Mongolia, Khaltmaagiin Battulga berharap Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat melihat kembali kes pembunuhan Altantuya.
Menurut satu perutusan khas bagi mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir di atas pelantikan beliau menerajui negara ini, Presiden Battulga berkata, kes yang melibatkan rakyat Mongolia itu telah mengakibatkan ketidaksenangan dari segi hubungan bilateral, dan juga rakyat dua negara ini.
“Saya amat berharap agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat memberi perhatian khusus bagi menegakkan keadilan, melaksanakan apa jua keputusan mahkamah, serta menyelesaikan tuntutan sivil oleh keluarga mendiang dengan adil dan saksama,” katanya.
1MDB
Mengenai skandal 1MDB, Mohamad Fuzi berkata polis akan cuba menyelesaikan secepat mungkin siasatan skandal 1MDB yang kini mendapat perhatian ramai.
Beliau berkata selain polis, siasatan kes tersebut turut melibatkan agensi lain antaranya SPRM.
“Sebab itu saya tidak boleh ulas panjang bagi pihak polis, kami akan cuba selesaikan secepat mungkin,” katanya.
Demikianlah Artikel Buka semula kes Altantuya: IGP kata kena bincang dulu
Sekianlah artikel Buka semula kes Altantuya: IGP kata kena bincang dulu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Buka semula kes Altantuya: IGP kata kena bincang dulu dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/buka-semula-kes-altantuya-igp-kata-kena.html