Judul : Bukan lagi di bawah JPM, SPRM digeruni jika di bawah Parlimen
link : Bukan lagi di bawah JPM, SPRM digeruni jika di bawah Parlimen
Bukan lagi di bawah JPM, SPRM digeruni jika di bawah Parlimen
Ahli akademik berpendapat langkah yang lebih berkesan perlu diambil bagi memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi entiti yang lebih digeruni, disegani dan yang paling diyakini.
Pensyarah Kanan Fakulti Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Muzaffar Syah Mallow (foto) berkata, kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan boleh memberi pertimbangan untuk meletakkan agensi SPRM di bawah kuasa dan penyeliaan Parlimen.
Menurutnya, SPRM tidak harus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).
“SPRM perlu menjadi betul-betul berkecuali, bebas dari sebarang pengaruh serta bersifat neutral dalam melakukan tugas mereka.
“Oleh itu, disarankan supaya SPRM tidak lagi diletakkan di bawah JPM seperti yang dilakukan pada masa kini serta tidak diletakkan di bawah mana-mana agensi kerajaan sedia ada,” dipetik daripada artikelnya di Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata, Pakatan Harapan sebelum ini telah banyak kali memberitahu dalam kempen politik untuk menjadikan agenda memerangi rasuah sebagai salah satu tumpuan utama sekiranya berjaya memerintah negara ini.
“Kini setelah memenangi PRU14 9 Mei Rabu lalu, mereka berpeluang untuk melakukan perubahan drastik dalam usaha memerangi rasuah dan salah satu cara terbaik memerangi rasuah dalam negara kita boleh dimulakan dengan membebaskan SPRM dari JPM,” ujarnya.
Menegaskan cadangan untuk meletakkan SPRM di bawah Parlimen bukannya syor baharu, Dr Muzaffar berkata, beberapa pemimpin dalam negara daripada pihak kerajaan lama, pembangkang serta daripada badan bukan kerajaan (NGO) pernah menyuarakan hal tersebut.
“Sekiranya ia masih diletakkan di bawah JPM, nescaya akan berlaku konflik kepentingan antara kedua-dua agensi terbabit serta pada masa yang sama mengundang perasaan syak wasangka orang ramai terhadap keberkesanan SPRM itu sendiri untuk melaksanakan tanggungjawab serta tugas hakiki yang diamanahkan kepada mereka,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel Bukan lagi di bawah JPM, SPRM digeruni jika di bawah Parlimen
Sekianlah artikel Bukan lagi di bawah JPM, SPRM digeruni jika di bawah Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bukan lagi di bawah JPM, SPRM digeruni jika di bawah Parlimen dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/bukan-lagi-di-bawah-jpm-sprm-digeruni.html