Judul : Clare kini yakin Dr Mahathir pemimpin 'sudah berubah'
link : Clare kini yakin Dr Mahathir pemimpin 'sudah berubah'
Clare kini yakin Dr Mahathir pemimpin 'sudah berubah'
malaysiakini
WAWANCARA l Masih terdapat golongan yang masih ragu-ragu dengan hasrat dan komitmen Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melakukan pembaharuan berdasarkan rekodnya.
Walau bagaimanapun, Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yakin bahawa tokoh politik berusia 92 tahun itu kini seorang lelaki yang telah berubah.
Beliau mengakui bahawa pada masa dahulu, Mahathir seringkali melakukan perkara-perkara mengikut "cara saya" berbanding "cara kami" yang diamalkannya berdasarkan konsensus di kalangan parti Pakatan Harapan.
Sebagai contoh, kata Rewcastle-Brown, bahawa keputusan Mahathir untuk tidak memegang portfolio pendidikan adalah satu petanda yang baik.
"Dia banyak dikecam dan dia memberi respon," katanya mengenai Mahathir yang mematuhi manifesto HARAPAN yang berikrar bahawa perdana menteri tidak akan memegang portfolio lain.
"Saya fikir dia faham bagaimana jika kita berada di bahagian pintu yang salah,” katanya.
Ditanya apakah dia yakin Mahathir telah meninggalkan cara lamanya, Rewcastle-Brown yang berpangkalan di London menjawab drinya tidak lagi ragu-ragu.
"Ya, saya mengambil sedikit masa untuk meyakinkan diri sendiri. Saya jumpa dia tiga, mungkin empat kali, dan dia melawat beberapa kali ke London.
"Saya berpeluang sekali dua untuk bercakap dengannya dan saya dapat lihat dia benar-benar mula menyedari, antara lain, mengapa penting untuk mempunyai media bebas.
"Dia komited dengan agenda pembaharuan dan itulah yang menjadikan segala-galanya begitu berkuasa...
"Kamu mempunyai Mahathir sebagai ikon besar, seorang pemimpin yang Malaysia mempunyai keyakinan dan beliau begitu komited dengan agenda reformasi dan ramai yang menyokongnya,” katanya.
Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai perdana menteri, Mahathir dituduh mengongkong media.
Apabila beliau memutuskan untuk berkempen melawan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Mahathir terpaksa berpaling kepada media asing untuk meluahkan pendapatnya selepas media tempatan, yang kini memberinya liputan meluas selepas pilihan raya umum 9 Mei, tidak memberikan sebarang ruang kepadanya.
Manifesto HARAPAN, antara lain adalah untuk meliberalisasikan media jika gabungan itu memenangi kuasa persekutuan.
Demikianlah Artikel Clare kini yakin Dr Mahathir pemimpin 'sudah berubah'
Sekianlah artikel Clare kini yakin Dr Mahathir pemimpin 'sudah berubah' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Clare kini yakin Dr Mahathir pemimpin 'sudah berubah' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/clare-kini-yakin-dr-mahathir-pemimpin.html