Judul : Di hari terakhir kempen PRU14, Najib nukilkan sajak
link : Di hari terakhir kempen PRU14, Najib nukilkan sajak
Di hari terakhir kempen PRU14, Najib nukilkan sajak
Dalam sajak kira-kira 30 baris itu, Najib menyeru pengundi menolak politik kebencian sambil menyindir pemimpin pembangkang, termasuk Dr Mahathir.
PETALING JAYA: Menjelang hari mengundi esok, pemimpin dari kedua-dua pihak menunjukkan bakat bersajak dalam misi terakhir mereka untuk menawan hati pengundi.
Dalam sajak kira-kira 30 barisnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru pengundi menerima kepimpinannya dan menolak pembangkang, yang turut diselang-selikan sindiran terhadap pemimpin pembangkang, dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi sasaran utamanya.
“Kita kini sudah berada di persimpangan, rakyat memilih, masa depan ditentukan, mahu mengorak langkah ke depan, atau diperangkap politik hasutan,” Najib membaca sajaknya bertajuk “Izinkan Laluan” menerusi satu rakaman video.
Difahamkan ia adalah respons kepada beberapa klip yang memaparkan Dr Mahathir, termasuk sebuah sajak penuh emosi oleh bekas perdana menteri itu yang bertajuk “Aku Akan Pergi Tak Lama Lagi” yang tersebar di media sosial dan WhatsApp.
Dalam rakaman video Najib itu, penonton dibawa mengimbau peristiwa penting dalam sejarah Malaysia kontemporari, bermula peristiwa peristiwa di Kampung Memali pada 1985 sehingga protes Reformasi pada lewat 1990-an di Kuala Lumpur dan keganasan dalam protes Bersih tidak lama dahulu.
Kebanyakan peristiwa dalam video itu berlaku semasa pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, memberi gambaran huru-hara adalah amalan biasa di bawah pentadbiran bekas perdana menteri itu.
“Krisis politik berdekad dulu ditinggalkan, semoga tidak lagi menjadi warisan, kini masa depan Malaysia menjadi taruhan.
“Doaku apa jua keputusan, semoga Malaysia memilih dengan pertimbangan, menolak sandiwara dalam hasutan dan tangisan,” sajak itu berakhir dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengelap air matanya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel Di hari terakhir kempen PRU14, Najib nukilkan sajak
Sekianlah artikel Di hari terakhir kempen PRU14, Najib nukilkan sajak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Di hari terakhir kempen PRU14, Najib nukilkan sajak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/di-hari-terakhir-kempen-pru14-najib.html