Judul : Jangan jadi macam orang pernah kita benci, nasihat Rafizi
link : Jangan jadi macam orang pernah kita benci, nasihat Rafizi
Jangan jadi macam orang pernah kita benci, nasihat Rafizi
MALAYSIAKINIKata Rafizi penyokong HARAPAN perlu berhati-hati supaya mereka tidak berubah menjadi seperti orang yang "dibenci" suatu ketika dulu.
Menciap balas pengguna Twitter, Rafizi berkata antara kata-kata yang tidak patut diucapkan oleh penyokong HARAPAN ialah menyuruh pengundi PAS kembali ke Kelantan.
"Bunyi macam bila ada orang Umno suruh orang Cina balik China dulu selepas PRU13.
"Sekarang suruh pengundi PAS balik Kelantan? Berhati-hatilah penyokong HARAPAN, jangan jadi macam orang yang kita benci dulu," katanya.
Dalam PRU ke-14 lalu HARAPAN berjaya menguasai Putrajaya selain merampas semua negeri kecuali Perlis, Pahang dan Sarawak. Kelantan pula kekal di tangan PAS, manakala Terengganu dapat ditawan kembali oleh parti berkenaan.
Keputusan itu - serta pembabitkan PAS meletakkan calon-calon mereka di pelbagai kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) menimbulkan rasa kurang senang penyokong HARAPAN.
Antara lain langkah berkenaan dianggap menjejaskan peluang calon HARAPAN - yang menyertai PRU menggunakan logo PKR kali ini - untuk memenangi lebih banyak kerusi.
Suka merendahkan orang lain
Rafizi berkata semua piha perlu mengakui bahawa setiap orang mempunyai pandangan masing-masing sama ada mereka tinggal di kawasan bandar atau luar bandar.
"Pandangan yang berbeza itu asam garam kehidupan. Yang membezakan kita daripada yang tumbang (BN) ialah bagaimana kita menghormati perbezaan pendapat.
"Tugas kita (ialah) meyakinkan rakyat (bahawa) gagasan kita lebih baik," ciapnya lagi.
Bekas anggota parlimen Pandan itu kemudian menceritakan bagaimana dia berkempen pada 2011 ada sesetengah orang kelas pertengahan di bandar merendah-rendahkan pengundi Melayu luar bandar kononnya mereka "makan dedak" sehingga tidak mengendahkan mengenai rasuah.
Katanya tidak wajar pengundi luar bandar dihina sebegitu, sebaliknya perlu diberikan penerangan kepada mereka.
Rafizi menambah pandangan pihak kelas pertengahan bandar sebegitulah yang tidak pernah mahu faham apa yang sewajarnya dibuat, selain suka merendah-rendahkan pengundi lain yang tidak sependapat dengan mereka.
"Hormati pilihan pengundi, walaupun mereka memilih PAS," katanya lagi.
Demikianlah Artikel Jangan jadi macam orang pernah kita benci, nasihat Rafizi
Sekianlah artikel Jangan jadi macam orang pernah kita benci, nasihat Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan jadi macam orang pernah kita benci, nasihat Rafizi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/jangan-jadi-macam-orang-pernah-kita.html